PROGRAM MENTOR MENTEE: ERATKAN HUBUNGAN, PERKUKUH ILMU
Kelab Diploma Undang-Undang dan Syariah (DOSLAC) Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan Program Mentor Mentee di Masjid Al-Ilmi, UNIMEL. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar serta memberi bimbingan akademik melalui sesi mentor mentee yang lebih santai dan interaktif.
Seramai 277 pelajar dan 12 pensyarah telah menyertai program ini yang turut dirasmikan oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 25/26, Muhammad Izdihar bin Idris.


Sepanjang program, pelajar diberikan pendedahan mengenai kepentingan bimbingan akademik dan motivasi diri menerusi sesi perkongsian bersama Dekan Fakulti Undang-Undang, Governan Pn. Nur & Hubungan Antarabangsa, Rabiatuladawiyah binti Abdul Rahman.
Selain itu, sesi perbincangan mentor mentee membolehkan pelajar berinteraksi lebih dekat dengan pensyarah bagi membincangkan cabaran akademik mereka. Program diakhiri dengan sesi makan santai bersama sebagai simbolik memperkukuhkan hubungan antara mentor dan mentee.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi membina keyakinan diri pelajar dan meningkatkan prestasi akademik mereka.