Utama Berita Pelajar
🕐 31/01/2026 03:30 PM

PROGRAM “BONDING FOR INTEGRITY” DARIPADA UNIVERSITI ISLAM MELAKA SEMAI NILAI INTEGRITI DI SMK SULTAN ALAUDDIN

MELAKA, 31 Januari 2026 – Satu program pemerkasaan nilai murni, Bonding for Integrity, daripada Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah berjaya dilaksanakan pada 31 Januari 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin.

Program ini telah diiringi oleh Encik Aziz bin A’zmi dan melibatkan penyertaan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar serta guru sekolah berkenaan. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memperkenalkan Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) kepada warga sekolah di samping memupuk nilai integriti, kejujuran dan tanggungjawab dalam kalangan peserta.

Pengisian program dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti interaktif dan permainan berunsur pendidikan yang menekankan kepentingan menolak amalan rasuah dalam kehidupan seharian. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman peserta terhadap isu integriti, malah menggalakkan penglibatan aktif serta pembelajaran secara menyeronokkan.

Secara keseluruhannya, Program Bonding for Integrity daripada Universiti Islam Melaka ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif dalam membentuk sahsiah berintegriti dalam kalangan peserta, selari dengan usaha UNIMEL melahirkan generasi beretika, berprinsip dan bertanggungjawab kepada masyarakat serta negara.