Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 15/02/2025 07:01 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 4: Quality Education SDG 11: Sustainable Cities and Communities SDG 17: Partnerships for the Goals

PROGRAM ANAK ANGKAT 2.0 UNTUK PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)

Program Anak Angkat 2.0 telah diadakan pada 14 – 16 Februari 2025bertempat di Felda Tun Ghaffar Menggong , Alor Gajah, Melaka. Program ini telah dianjurkan Oleh Kelab Urusetia Sumber Manusia (KUSMA) Universiti Islam Melaka bagi meneruskan dan memperkenalkan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Islam Melaka akan kewujudan program – program setiap semester kelab ini. Program ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Tok Penghulu Arif Bin Omar dun Machap Jaya.

Program ini dijayakan bersama bantuan Ahli Majlis Kampung Felda Tun Ghaffar Menggong yang diketuai oleh En. Untong Bin Dollah selaku Pengerusi JPKK kampung Felda Tun Ghaffar Menggong. Seramai 46 orang peserta termasuk urusetia daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Melaka dari pelbagai fakulti telah ikut serta dalam program kali ini.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat akan pendedahan terhadap suasana kehidupan di kampung,antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan seperti langkah 1000 keliling kampung ,gotong-royong dan rewang. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menerapkan sikap berkeyakinan tinggi dalam diri mahasiswa dan mahasiswi apabila bergaul dengan masyarakat luar dan mewujudkan nilai berkasih sayang dan saling menghargai di antara ahli kusma dan warga kampung.

Secara keseluruhannya, Program Anak Angkat 2.0 ini diakhiri dengan Majlis penutup yang dirasmikan oleh Tok Penghulu Arif Bin Omar dun Machap Jaya dan penyampaian hadiah kepada para peserta bagi menghargai usaha mereka sepanjang menyertai program ini. Tidak lupa juga dengan pemberian cenderahati kepada tetamu terhormat dan majlis bersurai.