Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 28/01/2026 04:19 PM

PENTAS ILMU PERUNDANGAN UNIMEL KUPAS ISU GURAUAN SEKSUAL DI ALAM SIBER

MELAKA, 28 Januari 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) melalui penganjuran Pentas Ilmu Perundangan: From Flirt to Court – Batas Gurauan Seksual di Alam Siber telah berjaya meningkatkan kesedaran undang-undang dalam kalangan mahasiswa berkaitan isu semasa serta hak individu dalam masyarakat.

Program yang berlangsung pada 28 Januari 2026 (Rabu) ini telah diadakan di Auditorium Ibn Khaldun, Universiti Islam Melaka, bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang, dengan penyertaan seramai 150 hingga 200 orang pelajar daripada Semester 1 hingga Semester 4 melibatkan program Diploma Undang-Undang (DUU), Diploma Pengajian Syariah (DPS) dan Sarjana Muda Pengajian Syariah (SMPS).

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Nurabiatuladawiah binti Abdul Rahman, Dekan Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa (FUG). Turut hadir sebagai penceramah jemputan ialah Tuan Mohd Fadzlullah bin Ramli, Peguamcara dan Peguambela daripada Tetuan Fadzlullah & Co, Alor Gajah, yang berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan implikasi undang-undang terhadap isu gangguan dan gurauan seksual di alam siber.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran undang-undang dalam kalangan mahasiswa/i berhubung batas pergaulan, etika penggunaan media digital serta hak individu untuk menuntut keadilan dan melindungi diri di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat memberikan impak positif dan pencerahan kepada mahasiswa/i agar lebih cakna, beretika dan bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi serta memahami saluran perundangan yang boleh diambil sekiranya berdepan dengan isu gangguan seksual di alam siber.