Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 21/02/2025 07:59 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 4: Quality Education SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions SDG 17: Partnerships for the Goals

PELAJAR FAKULTI KEILMUAN ISLAM ADAKAN KEM MUKHAYYAM TADABBUR KALAMULLAH

Program Kem Mukhayyam Tadabbur Kalamullah ini telah diadakan pada 21 dan 22 Februari 2025 yang bertempat di Masjid Al- Ilmi, Universiti Islam Melaka. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Usuluddin dengan Kerjasama Kelab Mahasiswa Kewangan Syariah dan Kelab Mahasiswa Tahfiz Wal Qiraat, Universiti Islam Melaka. Program ini dijalankan bagi menarik minat pelajar sekolah menengah dalam mencintai serta mendalami ilmu agama untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian. Program ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Pengetua, GPK Hal Ehwal Pelajar dan Kaunselor, SMA Chuah, Port Dickson.

Pengisian program ini dijalankan dengan memasukkan intipati berkaitan dengan nilai-nilai Islam sebenar, mendedahkan kepada para peserta kepada ilmu pengetahuan berkaitan dengan agama Islam dari pelbagai aspek seperti ilmu qiraat, ilmu akidah, ilmu tafsir dan sebagainya. Program ini melibatkan peserta seramai 41 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari Sekolah Menengah Agama Chuah, Port Dickson.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar akan kepentingan ilmu agama dalam kehidupan harian, memotivasi dan membina semangat juang dalam kalangan pelajar agar menyedari kepentingan pelajaran dalam kehidupan masa akan datang & membina sahsiah diri yang baik dan terpuji dalam kalangan pelajar. Tujuan utama program ini juga untuk merupakan salah satu inisiatif untuk membuka mata pelajar pada masa kini tentang betapa pentingnya ilmu agama dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu usaha dalam penyebaran dakwah dan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain serta program ini juga berteraskan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-din (menjaga agama).

Secara keseluruhan, Program Kem Mukhayyam Tadabbur Kalamullah ini mencapai objektif yang telah dinyatakan dan program ini diakhiri dengan explorace yang mana menguji tahap pemikiran para peserta berkaitan pengetahuan am dalam ilmu-ilmu islam. Semoga ia dapat memberi impak yang positif kepada para peserta.