WAJAH BAHARU UNIMEL: PAPAN TANDA IKONIK TERJEMAH VISI“WE DESIGN YOUR FUTURE”

Kuala Sg.Baru, 30 Mac 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) memperkenalkan papan tanda ikonik “I AM UNIMEL” di dataran utama kampus sebagai simbol baharu identiti, kebanggaan dan penyatuan warga universiti. Inisiatif ini turut disokong dengan pemasangan papan tanda fakulti seperti I LOVE FUG, I LOVE FP, I LOVE FKI, I LOVE FSS, I LOVE FPHT […]
NUR RAMADAN: 67 PELAJAR TAHFIZ BESTARI UNIMEL SEMPURNAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

MELAKA – Suasana di Pusat ICT Al-Biruni, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini diselubungi rasa tenang dan syahdu apabila seramai 67 orang pelajar daripada Pusat Tahfiz Bestari berkumpul bagi menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis yang diadakan bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini bukan sekadar satu acara tradisi, malah ia merupakan simbolik kepada kecintaan para […]
UNIMEL SANTUNI 750 WARGA KAMPUS DAN KOMUNITI DALAM MAJLIS RAMADAN MADANI

ALOR GAJAH, 6 MAC 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh ukhuwah melalui penganjuran Program Ramadan MADANI 2026 yang berlangsung dengan penuh keberkatan pada hari ini. Majlis yang diadakan di Auditorium Ibn Khaldun dan Dataran Budiman ini telah menghimpunkan seramai 750 orang hadirin yang terdiri daripada mahasiswa UNIMEL, pelajar sekolah menengah dan rendah, serta […]
INISIATIF H.E.R.O: STRATEGI UNIMEL MELAHIRKAN GRADUAN HOLISTIK DAN BERDAYA SAING

ALOR GAJAH, 6 MAC 2026 – Universiti Islam Melaka secara rasminya telah melancarkan satu inisiatif pembangunan pelajar yang komprehensif dikenali sebagai Program H.E.R.O. di Auditorium Ibn Khaldun hari ini. Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL. Program H.E.R.O. merupakan singkatan kepada empat teras utama pembangunan […]
UNIMEL SEMARAKKAN KEMPEN INFAQ RAMADAN MENERUSI EDARAN BUBUR LAMBUK

MELAKA, 03 Mac 2026 – Bersempena bulan Ramadan al-Mubarak, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus menyemarakkan Kempen Infaq Ramadan menerusi program edaran bubur lambuk kepada para pelajar dan staf di kampus, baru-baru ini. Majlis penyerahan juadah tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMEL, Abdul Khalil Shawkataly dalam suasana penuh ceria dan semangat kebersamaan. Tradisi tahunan ini […]
NAIB CANSELOR UNIMEL TERIMA KUNJUNG HORMAT MPP SESI 2026

MELAKA, 25 Februari 2025 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Abdul Khalil Shawkataly telah menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMEL bagi sesi 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, kampus UNIMEL, baru-baru ini. Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden MPP, Muhammad Anuar Farihin Abdul Razak bersama 24 barisan […]
KUNJUNG HORMAT NAIB CANSELOR UNIMEL KE KETUA PENGARAH DBP PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2026 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Abdul Khalil Shawkataly telah mengadakan kunjungan hormat rasmi ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pengarah DBP, Hazami Jahari bersama barisan Ketua-Ketua Bahagian DBP dalam suasana penuh mesra dan profesional. […]
UNIMEL PERKUKUH KOLABORASI AKADEMIK ANTARABANGSA BERSAMA BITWIN CAMPUS SRI LANKA

MELAKA, 23 Februari 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh jaringan akademik antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bitwin Campus, Sri Lanka dalam satu majlis yang berlangsung di kampus UNIMEL, baru-baru ini. Naib Canselor UNIMEL, Abdul Khalil Shawkataly telah menerima kunjung hormat delegasi Bitwin Campus yang diketuai oleh A.K. Suhail Ahamed, Pengerusi Bitwin […]
MALAM APRESIASI WARGA UNIMEL 2026 MERIAH,SEMARAKKAN SEMANGAT “KITA UNIMEL, SATU KELUARGA”

MELAKA, 16 Februari 2026 – Malam Apresiasi Warga Universiti Islam Melaka (UNIMEL) 2026 berlangsung penuh makna dan penghargaan sempena Sambutan Hari Warga UNIMEL bertemakan “Kita UNIMEL, Satu Keluarga” yang diadakan di Holiday Inn Melaka. Majlis yang menghimpunkan seluruh warga universiti ini menjadi simbol penghargaan institusi terhadap dedikasi,kesetiaan serta sumbangan berterusan warga kerja dalam memacu kecemerlangan […]
HARI WARGA UNIMEL 2026 –SUKAN GELAK GEMPITA SEMARAKKAN SEMANGAT KEBERSAMAAN

MELAKA, 16 Februari 2026 – Sambutan Hari Warga Universiti Islam Melaka (UNIMEL) 2026 terus disemarakkan dengan penganjuran acara sukan yang penuh warna dan keceriaan, menghimpunkan seluruh warga kampus dalam suasana harmoni serta bersemangat. Padang universiti bergema dengan sorakan sokongan dan gelak tawa apabila setiap kontinjen tampil dengan semangat kesukanan yang tinggi. Program yang berlangsung sepanjang […]