“JOM BACA BERSAMA” FOSTERS A CULTURE OF READING AMONG THE UNIMEL COMMUNITY
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) reaffirmed its commitment to nurturing a culture of knowledge through the successful organisation of the “Jom Baca Bersama: Reading Brings Joy” programme, held simultaneously at the Al-Ghazali Library and across the university campus.
The programme was organised as part of UNIMEL’s ongoing initiative to cultivate a reading culture by encouraging students, academic staff, and administrative personnel to dedicate at least 10 minutes to reading together. This initiative aligns with the university’s aspiration to make reading a lifelong habit rather than an occasional activity, while fostering a knowledgeable and competitive academic community.
The atmosphere at the Al-Ghazali Library reflected the enthusiasm of participants, with students and staff from various faculties and departments coming together to support the programme. Their active participation demonstrated the university’s collective commitment to promoting lifelong learning and strengthening the culture of reading across the campus.



UNIMEL Vice-Chancellor, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, emphasised that reading is the cornerstone of building a knowledgeable and progressive society.
“A reading culture is the foundation of a knowledge-based civilisation. At UNIMEL, we do not merely educate students to graduate; we nurture individuals who embrace lifelong learning. Reading is not just a habit—it is an essential investment in building a brighter future.”
He further highlighted that reading not only enhances academic achievement but also develops critical thinking, creativity, innovation, and personal well-being, contributing to the holistic development of students and university staff.
In line with the theme “Reading Brings Joy,” the programme successfully demonstrated that reading can be both enjoyable and inspiring while strengthening connections among members of the university community through the sharing of knowledge.



The initiative also supports the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 4: Quality Education, by promoting literacy, lifelong learning, and inclusive access to knowledge. In addition, the programme contributes to SDG 17: Partnerships for the Goals by encouraging collaboration and collective participation among the university community in advancing a sustainable culture of learning.
UNIMEL remains committed to organising impactful programmes that promote reading, strengthen the university’s learning ecosystem, and produce graduates who are knowledgeable, ethical, and well-prepared to meet future challenges.
“JOM BACA BERSAMA” SEMARAK BUDAYA ILMU DALAM KALANGAN WARGA UNIMEL
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan warga kampus menerusi penganjuran program “Jom Baca Bersama: Membaca Menggembirakan”, yang berlangsung serentak di Perpustakaan Al-Ghazali dan di seluruh kampus.
Program yang dianjurkan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif memperkasakan budaya membaca dengan menggalakkan seluruh warga universiti meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit membaca secara serentak. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi menjadikan amalan membaca sebagai budaya yang berterusan dalam kehidupan seharian, sekali gus menyokong pembentukan masyarakat berilmu dan berdaya saing.
Suasana di Perpustakaan Al-Ghazali dipenuhi dengan semangat dan keterujaan apabila pelajar, pensyarah serta staf pentadbiran bersama-sama mengambil bahagian dalam program tersebut. Penyertaan yang melibatkan pelbagai fakulti dan jabatan membuktikan komitmen warga UNIMEL dalam memperkasa budaya ilmu serta memupuk minat membaca tanpa mengira latar belakang dan bidang pengajian.
Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, berkata budaya membaca merupakan tunjang kepada pembinaan masyarakat yang berilmu, berfikiran kritis dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
“Budaya membaca adalah asas kepada pembinaan tamadun ilmu. Di UNIMEL, kita tidak hanya mendidik untuk lulus, tetapi membentuk warga yang cintakan ilmu sepanjang hayat. Membaca bukan sekadar amalan, tetapi satu keperluan untuk membina masa depan yang gemilang,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pembudayaan membaca bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik, malah membantu membentuk pemikiran yang lebih kritis, kreatif dan inovatif, di samping menyumbang kepada pembangunan sahsiah serta kesejahteraan diri.
Selaras dengan tema “Membaca Menggembirakan”, program ini membuktikan bahawa aktiviti membaca mampu menjadi pengalaman yang menyeronokkan, memberi inspirasi dan memperkukuh hubungan antara warga universiti melalui perkongsian ilmu.
Penganjuran program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti (Quality Education) yang menekankan akses kepada pendidikan berkualiti, pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan literasi. Selain itu, program ini turut menyokong SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat (Partnerships for the Goals) melalui penglibatan menyeluruh warga universiti dalam usaha membudayakan ilmu dan pembelajaran secara kolektif.
UNIMEL akan terus komited menganjurkan pelbagai program berimpak tinggi yang menggalakkan budaya membaca, memperkukuh ekosistem pembelajaran dan melahirkan graduan yang berilmu, berakhlak serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.