UNIMEL AND KOLEJ FELCRA FORGE STRATEGIC PARTNERSHIP THROUGH MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MoU)
Melaka, 22 April 2026 β Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen its strategic partnerships in the field of higher education through the successful organisation of a Memorandum of Understanding (MoU) Signing Ceremony with Kolej FELCRA, held at the Tun Sri Lanang Meeting Room, UNIMEL.
The ceremony served as an important platform to strengthen the relationship between the two institutions, particularly in expanding opportunities for collaboration in education, human capital development, as well as initiatives that benefit students and the academic community.
The ceremony was also marked by a courtesy visit by representatives of Kolej FELCRA to the Vice-Chancellor of UNIMEL, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly. The courtesy visit was led by Tuan Ir. Mazlan bin Ahmad, Managing Director of FELCRA Education Services Sdn. Bhd., representing Kolej FELCRA.
The courtesy meeting reflected the commitment of both parties to establishing a closer and sustainable relationship, while creating opportunities to discuss the potential implementation of various joint programmes in the future.
The strategic partnership between UNIMEL and Kolej FELCRA is in line with the aspirations of both institutions to strengthen the field of education and provide greater opportunities for the younger generation to gain access to quality education and skills development that are relevant to current needs.
Through the signing of the MoU, both parties will have the opportunity to explore various forms of collaboration, including the organisation of academic programmes, sharing of expertise and knowledge, student development activities, as well as programmes aimed at enhancing competencies and graduate employability.
Such collaboration is also seen as a positive step towards strengthening the relationship between higher education institutions and educational institutions that play an important role in human capital development. The strategic partnership is expected to add value to both organisations, particularly in expanding the education ecosystem and empowering the community.



During the meeting, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly expressed his appreciation to Kolej FELCRA for its willingness to establish a collaborative relationship with UNIMEL. The strategic partnership is expected to serve as a foundation for implementing more high-impact joint initiatives in the future.
Meanwhile, the presence of Tuan Ir. Mazlan bin Ahmad on behalf of Kolej FELCRA demonstrated the commitment of both parties to ensuring that the collaboration would be translated into programmes and activities that directly benefit members of both institutions and the wider community.
UNIMEL remains committed to expanding its strategic network with various organisations to strengthen its position as a higher education institution that actively establishes academic, professional and community-based collaborations.
With the signing of the MoU with Kolej FELCRA, UNIMEL hopes that the partnership will continue to grow and generate new opportunities in education, skills development, knowledge sharing, expertise and human capital development.
The collaboration is also expected to serve as a catalyst for the development of more innovative and high-impact initiatives, in line with the evolving needs of education and the aspiration to produce knowledgeable, skilled and competitive graduates.
The ceremony concluded with a photography session as a memorable occasion and a symbolic representation of the strategic partnership between Universiti Islam Melaka (UNIMEL) and Kolej FELCRA, marking another significant step towards strengthening educational collaboration for mutual benefit.
UNIMEL continues to move forward in building sustainable strategic partnerships, empowering education and contributing to the development of the nationβs human capital.
UNIMEL DAN KOLEJ FELCRA JALIN KERJASAMA STRATEGIK MELALUI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
Melaka, 22 April 2026 β Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan tinggi apabila mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kolej FELCRA yang berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, UNIMEL.
Majlis tersebut menjadi platform penting dalam mempererat hubungan antara kedua-dua institusi, khususnya dalam usaha memperluas peluang kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan serta inisiatif yang memberi manfaat kepada pelajar dan warga akademik.
Majlis turut diserikan dengan kunjung hormat pihak Kolej FELCRA kepada Naib Canselor UNIMEL, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly. Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Tuan Ir. Mazlan bin Ahmad, Pengarah Urusan FELCRA Education Services Sdn. Bhd., sebagai wakil pihak Kolej FELCRA.
Pertemuan tersebut mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk membina hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan, selain membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi pelaksanaan pelbagai program bersama pada masa akan datang.
Kerjasama strategik antara UNIMEL dan Kolej FELCRA ini dilihat bertepatan dengan aspirasi kedua-dua institusi dalam memperkasakan bidang pendidikan serta menyediakan peluang yang lebih luas kepada generasi muda untuk mendapatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan pembangunan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa.
Melalui pemeteraian MoU ini, kedua-dua pihak berpeluang meneroka pelbagai bentuk kerjasama yang bersesuaian, termasuk penganjuran program akademik, perkongsian kepakaran dan ilmu, aktiviti pembangunan pelajar serta program-program yang dapat menyokong peningkatan kompetensi dan kebolehpasaran graduan.
Kerjasama seumpama ini turut dilihat sebagai satu langkah positif dalam memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan institusi pendidikan yang mempunyai peranan penting dalam pembangunan modal insan. Jaringan strategik yang diwujudkan diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada kedua-dua organisasi, khususnya dalam memperluas ekosistem pendidikan dan memperkasa komuniti.
YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly dalam pertemuan tersebut turut menzahirkan penghargaan terhadap kesudian pihak Kolej FELCRA menjalin hubungan kerjasama dengan UNIMEL. Hubungan strategik ini diyakini mampu menjadi asas kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif bersama yang berimpak tinggi pada masa akan datang.
Sementara itu, kehadiran Tuan Ir. Mazlan bin Ahmad mewakili pihak Kolej FELCRA menunjukkan kesungguhan kedua-dua pihak untuk memastikan kerjasama yang dirancang dapat diterjemahkan melalui program dan aktiviti yang memberi manfaat secara langsung kepada warga institusi serta masyarakat.
UNIMEL sentiasa komited untuk memperluas jaringan strategik bersama pelbagai pihak bagi memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang aktif dalam menjalin kerjasama akademik, profesional dan kemasyarakatan.
Dengan termeterainya MoU bersama Kolej FELCRA, UNIMEL berharap hubungan yang terjalin ini akan berkembang secara berterusan serta menghasilkan pelbagai peluang baharu dalam bidang pendidikan, pembangunan kemahiran, perkongsian kepakaran dan pembangunan modal insan.
Kerjasama ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inisiatif inovatif dan berimpak, selaras dengan keperluan pendidikan masa kini serta aspirasi untuk melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan dan simbolik kepada terjalinnya kerjasama strategik antara Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dan Kolej FELCRA, sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan demi manfaat bersama.
UNIMEL terus melangkah ke hadapan dalam membina jaringan strategik yang mampan, memperkasa pendidikan dan menyumbang kepada pembangunan modal insan negara.