🕐 14/04/2026 02:00 PM
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐌𝐄𝐋
Satu sesi perbincangan berkaitan inisiatif wakaf pendidikan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, Universiti Islam Melaka.
Perbincangan dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Rohayati Mohd Isa dan turut dihadiri Mohd Rizalman bin Syed, Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf dan Mal, Majlis Agama Islam Melaka.

Inisiatif ini bertujuan meneroka kerjasama strategik bagi memperkukuh pembangunan pendidikan melalui dana wakaf, termasuk kebajikan pelajar, bantuan pendidikan dan pembangunan institusi.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pendidikan lestari serta memberi manfaat berterusan kepada warga UNIMEL dan masyarakat.