MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUNJUNG HORMAT NAIB CANSELOR UNIVERSITI ISLAM MELAKA
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diberi kesempatan untuk duduk bersama-sama dengan Naib Canselor UNIMEL iaitu YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Abdul Khalil Shawkataly bagi membincangkan isu yang khususnya di dalam kampus.
Inisiatif yang dilakukan oleh pihak MPP UNIMEL 25/26 adalah dengan menyediakan satu draf cadangan memorandum kepada Naib Canselor UNIMEL.
Matlamat MPP UNIMEL kali ini adalah untuk memperjuangkan nasib mahasiswa di dalam mahupun luar kampus. Isu yang timbul sejak sekian lama memberi satu persoalan yang tiada tanda noktah buat kami di barisan perwakilan.


Selaras dengan moto MPP kami kali ini iaitu “Kepimpinan Dinamik, Mahasiswa Diutamakan” bertujuan untuk membentuk kepimpinan yang lebih efektif dan efisyen dari sudut keberhasilan dalam menyelesaikan isu berkenaan mahasiswa serta mengangkat suara pelajar di peringkat tertinggi universiti.
Harapan kami adalah untuk melihat para mahasiswa dapat menikmati segenap kemudahan serta fasiliti yang disediakan oleh pihak universiti dengan baik. Selain itu, kami di barisan perwakilan memohon dengan rendah hati agar pihak universiti segera mencari solusi bagi isu yang timbul.