Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 21/02/2025 07:40 PM
SDG 4: Quality Education SDG 8: Decent Work and Economic Growth SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions SDG 17: Partnerships for the Goals

MAJLIS ANUGERAH DEKAN DAN CERAMAH KERJAYA GUAMAN

Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Islam Melaka telah menganjurkan program Ceramah: Dari Bangku Universiti ke Mahkamah – Persediaan untuk Dunia Guaman* serta Majlis Anugerah Dekan dan Kecemerlangan Akademik.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Undang-Undang dan Syariah (LASCA) 24/25 dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Bertempat di Auditorium Ibnu Khaldun, program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai dunia guaman serta sebagai penghargaan kepada pelajar cemerlang.

Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat seperti Dekan Fakulti, Puan Nur Rabiatuladawiah binti Abdul Rahman, serta barisan pensyarah dan pemimpin mahasiswa. Penceramah jemputan, Tuan Haji Azmi bin Ibrahim, berkongsi pengalaman serta persediaan yang perlu dilakukan oleh mahasiswa sebelum melangkah ke alam pekerjaan dalam bidang guaman.

Seramai 90 mahasiswa telah menyertai program ini yang diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar. Diharapkan program sebegini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik serta membudayakan persaingan sihat di kalangan mereka.