KAMPUS SEJAHTERA: UNIMEL TRANSFORMASI LANDSKAP HIJAU, PACU AGENDA SDG MENERUSI MIKROMOBILITI
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus melangkah ke hadapan sebagai kampus lestari dengan pelaksanaan inisiatif mikromobiliti elektrik (e-bike) dan pemerkasaan landskap hijau menerusi tema βKampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau.β
Menurut Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, usaha ini bukan sekadar simbolik, malah melibatkan tindakan sebenar bagi mengurangkan jejak karbon kampus, memperkukuh kesejahteraan warga serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Inisiatif ini merangkumi pengoptimuman tasik kampus sebagai pusat aktiviti rekreasi dan pembangunan sahsiah mahasiswa, pelaksanaan e-bike sebagai solusi mobiliti rendah karbon, serta penjajaran strategik dengan SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan Baik), SDG 11 (Bandar dan Masyarakat Mampan) dan SDG 13 (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim) berlandaskan nilai Islam Hifz al-Alam dalam pemeliharaan alam sekitar.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen UNIMEL terhadap agenda kelestarian melalui pelaksanaan strategik berimpak tinggi yang menyokong pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan warga universiti.
UNIMEL Lestari & Hijau β Kampus Sejahtera untuk Generasi Masa Hadapan.