Utama Berita Pelajar
🕐 06/03/2026 01:52 PM

INISIATIF H.E.R.O: STRATEGI UNIMEL MELAHIRKAN GRADUAN HOLISTIK DAN BERDAYA SAING

ALOR GAJAH, 6 MAC 2026 – Universiti Islam Melaka secara rasminya telah melancarkan satu inisiatif pembangunan pelajar yang komprehensif dikenali sebagai Program H.E.R.O. di Auditorium Ibn Khaldun hari ini. Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL.

Program H.E.R.O. merupakan singkatan kepada empat teras utama pembangunan mahasiswa di UNIMEL:

– H (Holistic): Melahirkan graduan yang seimbang dalam pelbagai aspek.

– E (Entrepreneurial): Memupuk daya saing dan jiwa keusahawanan.

R (Responsible): Membentuk sahsiah yang bertanggungjawab kepada masyarakat.

– O (Outstanding): Melahirkan pemimpin berkualiti yang cemerlang.

Menurut Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil, inisiatif berfasa ini memfokuskan kepada keseimbangan antara kecemerlangan akademik dengan sahsiah terpuji serta kepimpinan yang berkualiti.

Beliau menegaskan bahawa program ini adalah bukti komitmen UNIMEL dalam menyediakan ekosistem pendidikan yang tidak hanya terhad di dalam dewan kuliah, malah mempersiapkan pelajar untuk menjadi ‘hero’ yang sedia berbakti kepada masyarakat.

Dengan pelancaran H.E.R.O., UNIMEL optimis dapat melahirkan lebih ramai graduan yang bukan sahaja mahir dalam bidang masing-masing, tetapi juga memiliki daya tahan tinggi untuk menyumbang kembali kepada negara selaras dengan semangat Malaysia MADANI.


H.E.R.O INITIATIVE: UNIMEL’S STRATEGY TO DEVELOP HOLISTIC AND COMPETITIVE GRADUATES

ALOR GAJAH, 6 March 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) has officially launched a comprehensive student development initiative known as the H.E.R.O. Programme at the Ibn Khaldun Auditorium today.

The programme was officiated by the Vice Chancellor, Abdul Khalil Shawkataly.

H.E.R.O. represents four core pillars of student development at UNIMEL:

  • H (Holistic): Developing well-balanced graduates across multiple dimensions
  • E (Entrepreneurial): Cultivating competitiveness and an entrepreneurial mindset
  • R (Responsible): Shaping individuals with strong social responsibility
  • O (Outstanding): Producing high-quality, impactful leaders

According to Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil, this phased initiative focuses on balancing academic excellence with strong character development and quality leadership.

He emphasised that the programme reflects UNIMEL’s commitment to creating an educational ecosystem that goes beyond the classroom, preparing students to become “heroes” who are ready to contribute meaningfully to society.

With the launch of H.E.R.O., UNIMEL is confident in its ability to produce graduates who are not only skilled in their respective fields, but also resilient and driven to give back to the nation, in line with the aspirations of Malaysia MADANI.