FAKULTI UNDANG-UNDANG, GOVERNAN DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA LAKSANAKAN PROGRAM JUSTICE IN ACTION TOUR
Program ini bertajuk Justice In Action Tour. Program ini dilaksanakan pada 12 Februari 2025 iaitu pada hari Rabu dan bertempat di Istana Kehakiman, Putrajaya dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bermula dari pukul 6.00 pagi sehingga pukul 9.30 malam.
Jumlah pelajar yang terlibat ialah 40 orang diiringi oleh 2 orang pensyarah Fakulti Undang-Undang, Governan Dan Hubungan Antarabangsa iaitu Encik Mohd Sabree bin Nasri dan Encik Abdul Karim bin Ibrhim.


Terdapat banyak ilmu tambahan yang kami peroleh dari program ini, Antaranya ialah, kami dapat melihat gambaran yang jelas tentang prosedur dan gerak kerja di mahkamah. Selain itu, kami juga memperoleh banyak ilmu tambahan hasil daripada taklimat dan perkongsian dari pihak mahkamah.
Kesimpulannya, program ini dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada kami untuk terus mencapai impian kami di masa hadapan.