Utama Berita Pelajar
🕐 14/02/2025 04:15 PM

‘BICARA ISU-ISU SEMASA AKIDAH’ BERSAMA DR. MUHAMMAD SAYYID AL-HANBALI AL-AZHARI DI UNIMEL

Ceramah ini dianjurkan oleh Fakulti Keilmuan islam (FKI) Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Majlis Ceramah telah diadakan di Auditorium Ibn Khaldun, UNIMEL.

Penceramah jemputan, Al-allamah Muhammad Sayyid Al-Hanbali Al-Azhari, General Advisor, Office Of The Grand Mufti Of Egypt. Program ini bertujuan untuk memberikan pencerahan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan akidah. Di peringkat universiti, pelajar sering terdedah kepada pelbagai pandangan, ideologi, dan cabaran yang boleh mempengaruhi pemahaman mereka terhadap akidah
Islam. Dengan mendatangkan seorang tokoh berautoriti seperti Dr. Muhammad Sayed Al-Hanbali Al-Azhari, pelajar dapat memperoleh pemahaman yang lebih tepat dan sahih mengenai akidah Islam, serta cara-cara menghadapinya di dunia yang semakin globalisasi ini.

Seramai 150 orang pelajar Fakulti Keilmuan Islam terlibat dalam sesi ceramah ini. Sesi perbincangan dan dialog yang dikendalikan oleh pakar seperti Dr. Muhammad Sayed Al-Hanbali Al-Azhari dapat meningkatkan kecerdasan intelektual pelajar dan membantu mereka untuk melihat isu akidah dari pelbagai sudut pandang, sambil memperkukuhkan prinsip-prinsip agama yang betul.

Sebagai institusi pendidikan tinggi, universiti mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pendidikan agama yang diberikan adalah berkualiti dan relevan dengan cabaran semasa.

Program ini adalah langkah untuk memastikan pelajar tidak hanya menerima pendidikan akademik yang sekular tetapi juga diberi pendedahan kepada ilmu agama yang dapat membentuk karakter dan peribadi mereka.