Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 27/02/2025 08:35 PM
SDG 4: Quality Education SDG 8: Decent Work and Economic Growth SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions SDG 17: Partnerships for the Goals

BACHELOR OF SYARIAH LAW CLUB ADAKAN BENGKEL PENDRAFAN DOKUMEN 2.0

Program Bengkel Pendrafan Dokumen 2.0 telah diadakan pada 27 Februari 2025 bertempat di Bilik 9&10 Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan, Universiti Islam Melaka. Program ini dirasmikan oleh Puan Shahrina binti Romli iaitu Penyelaras Kelab Bachelor of Syariah Law Club (BOSLAC) dengan kehadiran tetamu kehormat, Aniq Hakimi bin Kamaruzaman, Yang Dipertua Law and Syariah Student Association (LASCA).

Penceramah jemputan, Tuan Mohd Zulfiqri bin Zakaria, Peguam cara, Peguam bela dan Peguam Syarie berkongsi ilmu dan pengalaman berharga tentang cara meningkatkan kualiti pendrafan dokumen di samping dapat mengenali draf dokumen seperti MS 2 (wakalah).

Seramai 29 orang pelajar Sarjana Muda Perundangan Syariah di mana ianya melibatkan semua semester telah menyertai Bengkel Pendrafan Dokumen 2.0 ini. Objektif program adalah untuk membantu mahasiswa/i meningkatkan kemahiran pendrafan dokumen dengan memberi pendedahan tentang kaedah pendrafan yang betul.

Kesimpulannya, Bengkel Pendrafan Dokumen 2.0 ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan perkongsian serta pengalaman berharga daripada penceramah. Melalui program ini, mahasiswa/i memperoleh manfaat besar untuk meningkatkan mutu pendrafan dokumen mereka selaras dengan kehendak akademik universiti.