33 PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERIMA ANUGERAH DEKAN
Seramai 33 pelajar Fakulti Pendidikan menerima Anugerah Dekan. Tujuan majlis seperti ini diadakan adalah untuk memberi tanda penghargaan kepada pelajar yang telah berusaha dalam mendapatkan keputusan yang baik dan menjadikan mereka sebagai pemangkin inspirasi kepada para mahasiswa/i Universiti Islam Melaka (UNIMEL). majlis dirasmikan oleh wakil Dekan Fakulti Pendidikan Dr.Mazni Binti Muhammad.


Majlis ini di anjurkan oleh Persatuan Luminary Education And Development Society (LEADS). Selain itu, penerimaan Anugerah Dekan adalah seramai 285 orang yang berada diauditorium dan 33 orang calon penerimaan anugerah dekan yang tidak dapat menghadirkan diri ketika majlis ini dijalankan serta lebih daripada 150 orang ibu bapa yang menghadiri Majlis Anugerah Dekan tersebut.
Kesimpulannya, dengan adanya program ini, mahasiswa dan mahasiswi dapat mempertingkatkan usaha dalam pembelajaran mereka serta memberi satu daya tarikan buat semua mahasiswa dan mahasiswi supaya sentiasa
bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Tujuan program ini berlangsung adalah untuk menyuntik semangat persaingan yang sihat kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mengejar satu kejayaan yang berada di hadapan mereka.