MAHASISWA UNIMEL MEMBAWA SOLUSI, BUKAN SEKADAR SIMPATI KE PEDALAMAN SARAWAK

Bukan semua berani keluar zon selesa. Tapi dua wakil Universiti Islam Melaka (UNIMEL) ini memilih untuk turun ke lapangan, menyantuni masyarakat dan membawa solusi sebenar melalui Program Madani Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2026 anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa pada 3 April hingga 20 April 2026 baru-baru ini. Aliya Maisyara binti Ali Hussain, pelajar Ijazah […]
UNIMEL MENERIMA KUNJUNG HORMAT PUSAT ZAKAT MELAKA -PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

Kuala Sg.Baru, 01 April 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Zakat Melaka yang diketuai oleh Tuan Zohaime bin Muhamad Sori, Ketua Pegawai Eksekutif dalam usaha memperkukuh jaringan kolaborasi serta meneroka peluang kerjasama strategik […]
MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025 PROGRAM TAHFIZ BESTARI UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)

Telah berlangsung Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2025 Pelajar Tahfiz Bestari UNIMEL. Majlis penyampaian keputusan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. DHc. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka. Seramai 69 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan SPM mereka. Sebagai rekod, 2 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan semua A (7A) bagi […]
WAJAH BAHARU UNIMEL: PAPAN TANDA IKONIK TERJEMAH VISI“WE DESIGN YOUR FUTURE”

Kuala Sg.Baru, 30 Mac 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) memperkenalkan papan tanda ikonik “I AM UNIMEL” di dataran utama kampus sebagai simbol baharu identiti, kebanggaan dan penyatuan warga universiti. Inisiatif ini turut disokong dengan pemasangan papan tanda fakulti seperti I LOVE FUG, I LOVE FP, I LOVE FKI, I LOVE FSS, I LOVE FPHT […]
NUR RAMADAN: 67 PELAJAR TAHFIZ BESTARI UNIMEL SEMPURNAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

MELAKA – Suasana di Pusat ICT Al-Biruni, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini diselubungi rasa tenang dan syahdu apabila seramai 67 orang pelajar daripada Pusat Tahfiz Bestari berkumpul bagi menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis yang diadakan bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini bukan sekadar satu acara tradisi, malah ia merupakan simbolik kepada kecintaan para […]
UNIMEL SANTUNI 750 WARGA KAMPUS DAN KOMUNITI DALAM MAJLIS RAMADAN MADANI

ALOR GAJAH, 6 MAC 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh ukhuwah melalui penganjuran Program Ramadan MADANI 2026 yang berlangsung dengan penuh keberkatan pada hari ini. Majlis yang diadakan di Auditorium Ibn Khaldun dan Dataran Budiman ini telah menghimpunkan seramai 750 orang hadirin yang terdiri daripada mahasiswa UNIMEL, pelajar sekolah menengah dan rendah, serta […]
INISIATIF H.E.R.O: STRATEGI UNIMEL MELAHIRKAN GRADUAN HOLISTIK DAN BERDAYA SAING

ALOR GAJAH, 6 MAC 2026 – Universiti Islam Melaka secara rasminya telah melancarkan satu inisiatif pembangunan pelajar yang komprehensif dikenali sebagai Program H.E.R.O. di Auditorium Ibn Khaldun hari ini. Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL. Program H.E.R.O. merupakan singkatan kepada empat teras utama pembangunan […]
UNIMEL SEMARAKKAN KEMPEN INFAQ RAMADAN MENERUSI EDARAN BUBUR LAMBUK

MELAKA, 03 Mac 2026 – Bersempena bulan Ramadan al-Mubarak, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus menyemarakkan Kempen Infaq Ramadan menerusi program edaran bubur lambuk kepada para pelajar dan staf di kampus, baru-baru ini. Majlis penyerahan juadah tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMEL, Abdul Khalil Shawkataly dalam suasana penuh ceria dan semangat kebersamaan. Tradisi tahunan ini […]
NAIB CANSELOR UNIMEL TERIMA KUNJUNG HORMAT MPP SESI 2026

MELAKA, 25 Februari 2025 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Abdul Khalil Shawkataly telah menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMEL bagi sesi 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang, kampus UNIMEL, baru-baru ini. Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden MPP, Muhammad Anuar Farihin Abdul Razak bersama 24 barisan […]
KUNJUNG HORMAT NAIB CANSELOR UNIMEL KE KETUA PENGARAH DBP PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2026 – Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Abdul Khalil Shawkataly telah mengadakan kunjungan hormat rasmi ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pengarah DBP, Hazami Jahari bersama barisan Ketua-Ketua Bahagian DBP dalam suasana penuh mesra dan profesional. […]