🕐 01/04/2026 08:47 PM

UNIMEL MENERIMA KUNJUNG HORMAT PUSAT ZAKAT MELAKA -PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

Kuala Sg.Baru, 01 April 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Zakat Melaka yang diketuai oleh Tuan Zohaime bin Muhamad Sori, Ketua Pegawai Eksekutif dalam usaha memperkukuh jaringan kolaborasi serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Kunjungan ini bertujuan membuka ruang kerjasama strategik dalam aspek pembangunan pendidikan, kebajikan pelajar, pengurusan dana zakat serta pelaksanaan program berimpak tinggi kepada masyarakat.

Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL dalam ucapannya menzahirkan penghargaan atas kesudian pihak Pusat Zakat Melaka untuk menjalin hubungan strategik bersama UNIMEL.

Turut hadir sama adalah En. Zuhri Iskandar bin A. Rahman (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif), En. Noorzakry bin Nor Jamal (Pengarah Bahagian Operasi) serta En. Mohd Shahrir bin Abu Bakar (Ketua Unit Zakat Individu Swasta) bersama pengurusan tertinggi UNIMEL.