ACADEMIC VISIT TO THE HALAL MANAGEMENT DIVISION (JAKIM) AND SERKAM POULTRY SLAUGHTERING PREMISES ENHANCES UNIMEL STUDENTS’ LEARNING EXPERIENCE
Melaka, 4 August 2026 – In an effort to strengthen students’ understanding of halal management and provide greater exposure to real-world industry practices, the Islamic Management and Development Club (IMDC) of Universiti Islam Melaka (UNIMEL) organised an Academic Visit to the Halal Management Division of the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) and a poultry slaughtering premises in Serkam, Melaka.
The programme, which involved students from various academic programmes, served as an experiential learning initiative that enabled participants to bridge the gap between classroom theories and their practical application within Malaysia’s halal industry. The visit also reflects UNIMEL’s commitment to producing graduates who excel academically while possessing a comprehensive understanding of industry requirements and the competencies needed to meet current workforce demands.
At the Halal Management Division of JAKIM, students were given a comprehensive briefing on the division’s structure and responsibilities in managing Malaysia’s internationally recognised halal certification system. The session covered the halal certification application process, auditing procedures, compliance monitoring, enforcement mechanisms, and JAKIM’s continuous efforts to uphold the integrity and credibility of the Malaysian Halal Certification.
Participants were also introduced to current issues and challenges facing the halal industry, including technological developments in halal management, halal supply chain compliance, increasing consumer awareness, and the importance of collaboration between government agencies and industry players in maintaining public confidence in halal standards.
An interactive question-and-answer session provided students with the opportunity to seek clarification on various matters related to halal certification, inspection procedures, the responsibilities of industry operators, and the measures undertaken by JAKIM to address the misuse of the halal logo. The valuable insights shared by JAKIM officers offered students a clearer understanding of the realities of halal governance in Malaysia and its significance in supporting the Islamic economy.
The academic visit continued to a poultry slaughtering premises in Serkam, Melaka, where students observed first-hand the entire halal slaughtering process conducted in accordance with Islamic principles and Malaysia’s halal certification standards. Participants received detailed explanations on Shariah-compliant slaughtering procedures, animal handling before and after slaughter, hygiene practices, food safety measures, animal welfare management, and the implementation of Standard Operating Procedures (SOPs) required by the relevant authorities.
This field experience provided students with valuable practical exposure by allowing them to witness how halal principles are implemented throughout industrial operations. The visit reinforced the understanding that the halal concept extends beyond the slaughtering process itself, encompassing a comprehensive management system that includes hygiene, food safety, quality assurance, documentation, monitoring, and compliance with established standards.
The programme also highlighted the strategic importance of the halal industry as a key contributor to Malaysia’s economic growth. With the increasing global demand for halal products and services, graduates equipped with knowledge and expertise in halal management are well positioned to contribute meaningfully to the continued development and expansion of the halal industry both nationally and internationally.

The organisation of this academic visit further demonstrates UNIMEL’s commitment to strengthening industry-oriented learning approaches while producing competitive, ethical, and highly skilled graduates who are prepared to face the evolving demands of the professional world. Such initiatives are expected to continue in the future to provide students with more opportunities for practical learning and to foster stronger collaborations between the university, government agencies, and industry partners.
Furthermore, the programme supports the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 4: Quality Education, by promoting inclusive, high-quality, and practice-oriented learning experiences. It also contributes to SDG 8: Decent Work and Economic Growth by enhancing students’ competencies in the rapidly growing halal industry, SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure through exposure to systematic and technology-driven halal management practices, and SDG 12: Responsible Consumption and Production by emphasising halal compliance, food safety, hygiene, and quality assurance throughout the production chain.
Through initiatives such as this, UNIMEL remains committed to strengthening strategic partnerships with government agencies and industry stakeholders in producing holistic graduates who demonstrate academic excellence, professional competence, and strong Islamic values, while contributing to national development and advancing the global sustainability agenda.
LAWATAN AKADEMIK KE BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL (JAKIM) DAN PREMIS PENYEMBELIHAN AYAM SERKAM PERKASA PEMBELAJARAN PELAJAR UNIMEL
Melaka, 4 Ogos 2026 – Bagi memperkukuhkan kefahaman pelajar terhadap aspek pengurusan halal serta memperluaskan pendedahan kepada amalan sebenar dalam industri, Islamic Management and Development Club (IMDC) Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan Lawatan Akademik ke Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Premis Penyembelihan Ayam di Serkam, Melaka.
Program yang disertai oleh pelajar daripada pelbagai program pengajian ini merupakan salah satu inisiatif pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang memberi peluang kepada peserta menghubungkan ilmu teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah dengan pelaksanaan sebenar dalam industri halal negara. Lawatan ini juga selaras dengan hasrat UNIMEL untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai kefahaman mendalam terhadap keperluan industri serta mampu memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
Di Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, para pelajar telah diberikan penerangan menyeluruh mengenai struktur dan fungsi bahagian tersebut dalam menguruskan sistem pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Taklimat yang disampaikan oleh pegawai bertugas merangkumi proses permohonan pensijilan halal, prosedur audit, pemantauan pematuhan standard halal, mekanisme penguatkuasaan serta usaha berterusan JAKIM dalam memastikan integriti logo halal Malaysia sentiasa terpelihara.
Selain itu, para peserta turut didedahkan kepada pelbagai isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh industri halal, termasuk perkembangan teknologi dalam pengurusan halal, pematuhan rantaian bekalan (halal supply chain), peningkatan kesedaran pengguna serta kepentingan kerjasama antara agensi kerajaan dan pemain industri dalam memastikan standard halal terus diyakini oleh masyarakat.
Sesi soal jawab yang berlangsung dalam suasana interaktif memberikan peluang kepada pelajar mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan pensijilan halal, prosedur pemeriksaan premis, tanggungjawab pengusaha serta langkah-langkah yang diambil oleh JAKIM dalam menangani isu penyalahgunaan logo halal. Perkongsian pengalaman daripada pegawai JAKIM telah memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai realiti pengurusan halal di Malaysia dan kepentingannya dalam pembangunan ekonomi Islam.
Lawatan diteruskan ke Premis Penyembelihan Ayam di Serkam, Melaka, di mana para pelajar berpeluang menyaksikan sendiri keseluruhan proses penyembelihan ayam yang mematuhi hukum syarak serta standard pensijilan halal Malaysia. Peserta diberikan penerangan mengenai prosedur penyembelihan yang sah menurut syariat Islam, pengendalian haiwan sebelum dan selepas penyembelihan, aspek kebersihan premis, kawalan keselamatan makanan, pengurusan kebajikan haiwan serta pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Pengalaman berada di lapangan memberi nilai tambah kepada pelajar kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana prinsip-prinsip halal diterjemahkan dalam operasi industri secara praktikal. Pendedahan ini membantu pelajar memahami bahawa konsep halal bukan sekadar tertumpu kepada kaedah penyembelihan, malah melibatkan keseluruhan sistem pengurusan yang merangkumi kebersihan, keselamatan makanan, jaminan kualiti, dokumentasi, pemantauan dan pematuhan terhadap piawaian yang ditetapkan.
Program ini turut membuka ruang kepada pelajar untuk memahami kepentingan industri halal sebagai antara sektor strategik yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dengan peningkatan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal di peringkat global, graduan yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pengurusan halal dilihat mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan industri halal Malaysia.
Penganjuran lawatan akademik ini juga mencerminkan komitmen UNIMEL dalam memperkasakan pendekatan pembelajaran yang berorientasikan industri, sekali gus melahirkan graduan yang berdaya saing, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi lebih banyak peluang kepada pelajar mendalami aplikasi ilmu secara praktikal serta membina jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak industri.
Di samping itu, program ini turut menyokong aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui penyediaan pengalaman pembelajaran yang inklusif, berkualiti dan berasaskan amali. Lawatan ini juga menyumbang kepada SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi dengan meningkatkan kompetensi graduan dalam bidang industri halal yang semakin berkembang, SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur melalui pendedahan kepada sistem pengurusan halal yang sistematik dan berteknologi, serta SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab dengan memberi penekanan terhadap pematuhan standard halal, keselamatan makanan, kebersihan dan jaminan kualiti sepanjang rantaian pengeluaran.
Melalui penganjuran program seperti ini, UNIMEL terus komited memperkukuhkan hubungan strategik bersama agensi kerajaan dan industri dalam usaha melahirkan graduan holistik yang memiliki keseimbangan antara kecemerlangan akademik, kemahiran profesional dan nilai-nilai Islam, selaras dengan keperluan pembangunan negara serta agenda kelestarian global.