UNIMEL CONTINGENT EARNS RECOGNITION AT THE GLOBAL CULINARY CHALLENGE MALAYSIA 2026
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) has once again demonstrated its excellence as 16 Diploma in Hotel Management students from the Faculty of Business, Hospitality and Technology (FPHT) brought pride to the university by achieving success at the Global Culinary Challenge Malaysia 2026 (GCCM2026), held in Seremban, Negeri Sembilan.
Representing UNIMEL in the Nyonya Heritage Meal, Asian Noodle Delight, and Rendang Meal categories, all participants were awarded Bronze Medals and Diploma Awards, reflecting their ability to compete alongside higher education institutions and culinary industry professionals from Malaysia and abroad.
This achievement highlights UNIMEL’s continued commitment to producing competent, creative, and industry-ready hospitality graduates, in line with the university’s aspiration to enhance graduate employability at both the national and international levels.



The success also reflects the dedication of the Faculty of Business, Hospitality and Technology in providing quality, practice-oriented education that equips students with the knowledge, technical skills, and professionalism required in the hospitality and culinary industries.
Congratulations to the entire UNIMEL contingent on this outstanding achievement. May this success serve as a catalyst for even greater accomplishments and inspire the university to continue excelling in prestigious culinary competitions at the national and international levels.
KONTINJEN UNIMEL RAIH PENGIKTIRAFAN DI GLOBAL CULINARY CHALLENGE MALAYSIA 2026
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus mengukuhkan kecemerlangannya apabila seramai 16 orang pelajar Diploma Pengurusan Perhotelan daripada Fakulti Perniagaan, Hospitaliti dan Teknologi (FPHT) berjaya mengharumkan nama universiti pada Global Culinary Challenge Malaysia 2026 (GCCM2026) yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.
Dalam pertandingan bertaraf antarabangsa itu, kontinjen UNIMEL menyertai tiga kategori utama iaitu Nyonya Heritage Meal, Asian Noodle Delight dan Rendang Meal. Kesemua peserta berjaya meraih Pingat Gangsa (Bronze Medal) serta Anugerah Diploma (Diploma Award), sekali gus membuktikan kemampuan pelajar UNIMEL bersaing dengan institusi pengajian tinggi dan penggiat industri kulinari dari dalam serta luar negara.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan UNIMEL dalam melahirkan graduan hospitaliti yang berkemahiran tinggi, kreatif dan berdaya saing, selaras dengan keperluan industri serta aspirasi universiti untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kejayaan yang diraih bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada Fakulti Perniagaan, Hospitaliti dan Teknologi, malah turut membuktikan keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan amali yang diterapkan oleh UNIMEL dalam membentuk bakat profesional dalam bidang hospitaliti dan kulinari.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen UNIMEL atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama universiti pada pertandingan bertaraf nasional serta antarabangsa pada masa hadapan.