FAKULTI PENDIDIKAN MERIAHKAN PEMBUKAAN FACULTY OF EDUCATION CHAMPIONSHIP 2026
Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah memulakan Faculty of Education Championship 2026 yang berlangsung di Gelanggang Sukan, Dewan Utama dan Bilik Seminar UNIMEL dengan penyertaan memberangsangkan daripada warga fakulti.
Program yang berlangsung selama dua hari ini menghimpunkan seramai 883 orang pelajar dengan dibantu oleh 28 orang jawatankuasa pelaksana dan urusetia. Kejohanan tersebut dianjurkan sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan aktif mahasiswa dalam aktiviti kesukanan di samping mencungkil serta mengembangkan bakat atlet dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan.
Sepanjang kejohanan, para peserta berentap dalam pelbagai acara yang dipertandingkan antaranya bola tampar, bola jaring, futsal, badminton, ping-pong, e-sukan, acara balapan dan sukaneka. Setiap pertandingan berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama yang mencerminkan nilai perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan mahasiswa.
Selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat, program ini turut memberi ruang kepada pelajar membina kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi, pengurusan masa dan semangat kerja berpasukan. Penganjuran kejohanan ini juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar daripada pelbagai program pengajian di bawah Fakulti Pendidikan.
Faculty of Education Championship 2026 turut mendukung aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, SDG 4: Pendidikan Berkualiti serta SDG 17: Kerjasama demi Matlamat, selaras dengan usaha universiti dalam melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan berdaya saing.
Penganjuran program ini diharapkan mampu memperkukuhkan budaya kesukanan dalam kalangan mahasiswa serta menjadi medan melahirkan atlet-atlet berpotensi yang dapat mengharumkan nama Fakulti Pendidikan dan Universiti Islam Melaka pada kejohanan sukan di peringkat yang lebih tinggi.
FACULTY OF EDUCATION KICKS OFF THE FACULTY OF EDUCATION CHAMPIONSHIP 2026
The Faculty of Education, Universiti Islam Melaka (UNIMEL), officially launched the Faculty of Education Championship 2026, held at the Sports Complex, Main Hall, and Seminar Room of UNIMEL, with an overwhelming participation from members of the faculty.
The two-day championship brought together a total of 883 students, supported by 28 organising committee members and secretariat personnel. The event was organised to encourage active student participation in sports while providing a platform to identify and nurture athletic talent among students of the Faculty of Education.
Throughout the championship, participants competed in a variety of sporting events, including volleyball, netball, futsal, badminton, table tennis, e-sports, track and field, and traditional fun games. Each competition was conducted in a spirit of sportsmanship, discipline, and teamwork, reflecting the values of unity and camaraderie among the students.
In addition to promoting a healthy lifestyle, the championship provided students with opportunities to develop essential soft skills such as leadership, communication, time management, and teamwork. The event also served as a platform to strengthen relationships and foster closer ties among students from various academic programmes within the Faculty of Education.
The Faculty of Education Championship 2026 also supported the aspirations of the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 3: Good Health and Well-being, SDG 4: Quality Education, and SDG 17: Partnerships for the Goals, in line with the university’s commitment to producing holistic, well-rounded, and competitive graduates.
It is hoped that the championship will further strengthen the culture of sports among students while serving as a platform to develop promising athletes who can bring pride and recognition to the Faculty of Education and Universiti Islam Melaka in higher-level sporting competitions.