Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 25/05/2026 04:38 PM

MENYEMAI KASIH, MENYANTUNI MAHASISWA: UNIMEL CARE CORNER PERKASA BUDAYA PRIHATIN DI KAMPUS

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuhkan agenda kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa menerusi penubuhan UNIMEL Care Corner, sebuah inisiatif berteraskan konsep β€œSharing the Light of Love” yang diwujudkan bagi membantu pelajar mendapatkan keperluan makanan secara mudah, percuma dan bermaruah.

UNIMEL Care Corner berfungsi sebagai ruang perkongsian rezeki yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk manfaat pelajar. Antara sumbangan yang boleh disalurkan termasuklah makanan asas seperti mi segera, biskut, roti, makanan ringan, minuman, makanan dalam tin serta makanan berat yang sesuai untuk dikongsi bersama warga kampus.

Lebih daripada sekadar sebuah sudut kebajikan, UNIMEL Care Corner menjadi platform yang menggalakkan budaya infak, keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga universiti. Melalui inisiatif ini, pelajar yang berkemampuan, staf universiti, alumni, badan korporat serta masyarakat umum berpeluang menyumbang pelbagai bentuk makanan dan minuman untuk membantu mahasiswa yang memerlukan.

Selain membantu memenuhi keperluan asas mahasiswa, program ini juga mendidik warga kampus tentang nilai empati, kesukarelawanan dan semangat berkongsi rezeki. Setiap sumbangan yang diberikan bukan sahaja dapat meringankan beban penerima, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti universiti yang saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain.

Sebagai sebuah universiti yang mengutamakan nilai ihsan dan kesejahteraan, UNIMEL berharap UNIMEL Care Corner akan terus menjadi simbol kebersamaan dan kasih sayang dalam komuniti kampus. Dengan sokongan berterusan daripada seluruh warga universiti dan masyarakat, inisiatif ini diyakini mampu menjadi medium yang menyatukan hati, mengeratkan hubungan serta memastikan tiada pelajar yang terpinggir daripada menikmati keperluan asas sepanjang tempoh pengajian mereka.

β€œSharing The Light of Love” bukan sekadar slogan, tetapi manifestasi komitmen UNIMEL dalam menyebarkan sinar kasih sayang, menyantuni mahasiswa dan membina Kampus Sejahtera yang sentiasa mengutamakan kebajikan serta kesejahteraan warganya.


SOWING COMPASSION, SUPPORTING STUDENTS: UNIMEL CARE CORNER STRENGTHENS A CULTURE OF CARE ON CAMPUS

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen its commitment to student welfare and well-being through the establishment of the UNIMEL Care Corner, an initiative inspired by the concept of “Sharing the Light of Love.” The programme was created to provide students with easy, free, and dignified access to essential food supplies.

The UNIMEL Care Corner serves as a community sharing space that offers a variety of food and beverages for the benefit of students. Contributions may include essential food items such as instant noodles, biscuits, bread, snacks, beverages, canned food, as well as ready-to-eat meals suitable for sharing within the campus community.

More than just a welfare initiative, the UNIMEL Care Corner serves as a platform to promote a culture of giving, compassion, and social responsibility among members of the university community. Through this initiative, students who are able to contribute, university staff, alumni, corporate organisations, and members of the public are encouraged to donate food and beverages to support students in need.

In addition to helping meet students’ basic necessities, the programme also nurtures values of empathy, volunteerism, and the spirit of sharing. Every contribution not only helps ease the burden of those in need but also fosters a supportive and caring university community where mutual respect and solidarity thrive.

As a university that places great emphasis on compassion and well-being, UNIMEL hopes that the UNIMEL Care Corner will continue to serve as a symbol of unity, kindness, and togetherness within the campus community. With the continuous support of the university community and the public, this initiative is expected to strengthen bonds, foster meaningful relationships, and ensure that no student is left behind in accessing basic necessities throughout their academic journey.

“Sharing the Light of Love” is more than just a sloganβ€”it is a reflection of UNIMEL’s unwavering commitment to spreading compassion, supporting its students, and building a Prosperous Campus that places the welfare and well-being of its community at the heart of its mission.