UNIMEL TERBITKAN 24 JUDUL BUKU BERSAMA DBP
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh budaya penulisan akademik apabila berjaya menghasilkan 24 judul buku menerusi kolaborasi strategik bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Penghasilan manuskrip ini melibatkan pensyarah daripada pelbagai fakulti merangkumi bidang pengajian Islam, pendidikan, pengurusan, sains sosial, teknologi, bahasa dan kemanusiaan.



Menerusi Bengkel Permurnian Manuskrip bersama DBP, para peserta diberikan panduan berkaitan standard penerbitan, pemantapan struktur penulisan akademik serta penggunaan bahasa yang memenuhi piawaian penerbitan ilmiah profesional.
Turut hadir sebagai panel dan editor jemputan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Pn. Siti Maizatul Rozihani binti Ikhsan, Ketua Unit Agama Bahagian Buku Umum; Pn. Rohaida Baharudin, Editor Kanan Bahagian Buku Umum; Pn. Siti Nur Hidayah binti Othman Bakar, Editor Bahagian Buku Agama; serta Pn. Raba’ah binti Jaafar, Editor Bahagian Buku Sains Sosial dan Kemanusiaan.



Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly berkata, penghasilan 24 judul buku ini membuktikan komitmen warga akademik UNIMEL dalam memperkukuh budaya penyelidikan, penerbitan ilmiah dan penyebaran ilmu kepada masyarakat.
Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan usaha berterusan UNIMEL dalam memperkukuhkan ekosistem akademik dan melahirkan lebih banyak karya ilmiah berkualiti tinggi bersama DBP.
UNIMEL PUBLISHES 24 BOOK TITLES IN COLLABORATION WITH DBP
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen its academic writing culture by successfully producing 24 book titles through a strategic collaboration with Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
The manuscript production involved lecturers from various faculties covering fields such as Islamic studies, education, management, social sciences, technology, language, and humanities.
Through the Manuscript Enhancement Workshop with DBP, participants were provided with guidance on publication standards, strengthening the structure of academic writing, and the use of language that meets professional scholarly publishing standards.
Also present as panelists and invited editors from Dewan Bahasa dan Pustaka were Siti Maizatul Rozihani binti Ikhsan, Head of the Religious Unit, General Books Division; Rohaida Baharudin, Senior Editor of the General Books Division; Siti Nur Hidayah binti Othman Bakar, Editor of the Religious Books Division; and Raba’ah binti Jaafar, Editor of the Social Sciences and Humanities Books Division.
The Vice Chancellor of Universiti Islam Melaka, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, stated that the publication of these 24 book titles demonstrates the commitment of UNIMEL’s academic community in strengthening the culture of research, scholarly publication, and knowledge dissemination to society.
This initiative also reflects UNIMEL’s continuous efforts to strengthen its academic ecosystem and produce more high-quality scholarly works in collaboration with DBP.