Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 16/01/2026 02:30 PM

PROGRAM PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI ANTARABANGSA DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Seramai 24 orang pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah UNIMEL telah berlepas ke Mekah dan Madinah bagi mengikuti Program Penempatan Latihan Industri Antarabangsa di Tanah Suci

Program ini bertujuan memperkukuh pembelajaran berasaskan industri melalui pendedahan antarabangsa, melibatkan pengurusan operasi, kebajikan jemaah, pentadbiran dan pengurusan ibadah dalam persekitaran sebenar.

Naib Canselor, Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly menyatakan pelaksanaan penempatan latihan industri antarabangsa ini memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran graduan UNIMEL serta menyokong komitmen universiti dalam melahirkan graduan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa berciri Holistik, Enterpreneural, Responsible, Outstanding (H.E.R.O.)