Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 15/04/2026 12:00 PM

π„π‘π€π“πŠπ€π π’πˆπ‹π€π“π”π‘π€π‡πˆπŒ: 𝟐𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π‘π€πˆπŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ 𝐇𝐄𝐏𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐌𝐏𝐏 πƒπˆ π”ππˆπŒπ„π‹

Suasana penuh kemeriahan dan ukhuwah menyelubungi Kafe Souq An Nur, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) apabila Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Majlis yang menghimpunkan lebih 200 pelajar semester pendek bersama barisan kepimpinan universiti ini turut diserikan dengan kehadiran Prof. Ts. Dr. Rohayati Binti Mohd Isa yang hadir mewakili Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen UNIMEL dalam memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa diberi perhatian, di samping memperkukuh hubungan erat antara pengurusan universiti dan pelajar dalam suasana kampus yang harmoni serta sejahtera.

Pelbagai juadah tradisional Hari Raya disajikan kepada para tetamu, diiringi sesi ramah mesra yang membuka ruang interaksi lebih dekat antara mahasiswa dan pentadbir universiti. Program seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidilfitri, malah menjadi platform memperkasa suara mahasiswa melalui kerjasama strategik bersama MPP.

Sambutan ini sekali gus membuktikan bahawa semangat kekeluargaan, perpaduan dan kebersamaan terus subur di Universiti Islam Melaka dalam melahirkan ekosistem kampus yang positif ke arah kecemerlangan holistik.