DISKAUN KHAS SEMPENA KARNIVAL PASCASISWAZAH UNIMEL 2025
Golongan guru di seluruh negara kini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dengan lebih mudah dan fleksibel apabila Universiti Islam Melaka (UNIMEL) memperkenalkan program pascasiswazah yang dirangka khusus bagi membangunkan pemimpin pendidikan masa hadapan.
Program tersebut diumumkan sempena Karnival Pascasiswazah UNIMEL 2025, menerusi satu taklimat bertajuk Pembangunan Pemimpin Pendidikan Pascasiswazah yang disampaikan oleh Nor Maizatul Akmal Mohd Zubir, Pensyarah Fakulti Pendidikan UNIMEL. Taklimat ini menghimpunkan warga pendidik dari pelbagai latar belakang yang berminat meningkatkan kelayakan dan penguasaan dalam bidang kepimpinan serta pengurusan pendidikan.
Menurut beliau, guru masa kini bukan sekadar tenaga pengajar, malah berpotensi menjadi pemimpin berwibawa yang mampu mencorak dasar, tadbir urus dan transformasi sistem pendidikan negara.
βKita mahu melihat lebih ramai guru tampil sebagai pembuat keputusan, pemikir strategik dan pelaksana perubahan. Program ini memberi peluang kepada guru mengembangkan potensi mereka ke tahap lebih tinggi, tanpa perlu meninggalkan kerjaya sedia ada,βjelasnya.
Program-program seperti Doktor Falsafah (PhD) Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan, Sarjana Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (secara Kerja Kursus dan Penyelidikan), Sarjana Pentadbiran Awam (Kerja Kursus), Sarjana Kaunseling (Kerja Kursus), Sarjana Psikologi dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kerja Kursus) antara yang ditawarkan dengan struktur pengajian fleksibel, termasuk pembelajaran hujung minggu, dalam talian, serta pendekatan berasaskan penyelidikan tindakan (action research) dan kajian kes pendidikan sebenar.
Diskaun Khas Sempena Karnival Pascasiswazah UNIMEL 2025 UNIMEL turut mengumumkan tawaran istimewa sempena karnival tersebut, antaranya:
- Diskaun 30% yuran pengajian bagi pembayaran penuh sepanjang 18 hingga 28 Disember 2025;
- Diskaun 20% yuran pengajian bagi pendaftaran baharu sepanjang 18 hingga 28 Disember 2025.
- Inisiatif ini juga mendukung aspirasi Kampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4: Pendidikan Berkualiti) dengan mengangkat peranan guru sebagai peneraju transformasi pendidikan yang inklusif, lestari dan berdaya saing global.
Pihak universiti yakin dengan pembangunan kepimpinan yang menyeluruh di kalangan guru, sistem pendidikan negara akan terus berkembang selaras dengan keperluan abad ke-21.