Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 18/12/2025 08:38 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being

ππ„ππ†π‹πˆππ€π“π€π π”ππˆπŒπ„π‹ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŸπŸŽπŸπŸ“: πŒπŽππˆπ‹πˆπ“πˆ π’πŽπ’πˆπ€π‹ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π’π€π‘πˆππ†π€π πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi prihatin masyarakat menerusi penglibatan aktif dalam Karnival Masjid Tanah 2025 yang berlangsung dari 18 hingga 21 Disember 2025, sekali gus menjadi platform penting mempererat hubungan universiti dan komuniti setempat.

Penglibatan UNIMEL dizahirkan melalui penyertaan staf dan pelajar Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan yang menawarkan khidmat saringan kesihatan percuma kepada pengunjung karnival. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pemeriksaan tekanan darah, Indeks Jisim Badan (BMI) serta nasihat kesihatan asas, yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat.

Inisiatif khidmat saringan kesihatan ini mencerminkan komitmen UNIMEL terhadap tanggungjawab sosial universiti, di samping menyokong agenda mobiliti sosial dan memperkukuh keprihatinan dalam kalangan bakal profesional kesihatan. Usaha ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang menekankan kesejahteraan komuniti dan pembangunan sosial yang inklusif. Secara keseluruhan, penglibatan UNIMEL dalam Karnival Masjid Tanah 2025 membuktikan kesungguhan universiti dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lestari, sejajar dengan aspirasi Kampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau, serta peranan universiti sebagai rakan strategik masyarakat dalam meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan bersama.