Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 24/11/2025 04:14 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions

Universiti Islam Melaka Sediakan Teh Masala Percuma Sempena Pendaftaran Pelajar Baharu

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini melaksanakan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2 2025/2026 dengan menyediakan minuman Teh Masala secara percuma kepada para pelajar dan ibu bapa yang hadir.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen UNIMEL terhadap kelestarian sosial, di samping mencerminkan amalan sustainable hospitality melalui penyediaan minuman panas yang lebih mesra alam dan berkesan dari segi penggunaan sumber.

UNIMEL mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baharu dan berharap perjalanan akademik yang bermula hari ini dapat dilalui dengan penuh kesungguhan, kehangatan serta semangat kebersamaan.