Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 05/09/2025 03:47 PM
SDG 11: Sustainable Cities and Communities SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions

UNIMEL SERTAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H/2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA

Seramai 200 orang pelajar dan kakitangan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perarakan yang bermula dari Bukit Serindit menuju ke Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim, telah diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka, bersama barisan pengurusan universiti, pensyarah serta para pelajar.

Sambutan pada tahun ini membawa tema “Membangun Ummah Madani”, yang menekankan perpaduan, kasih sayang dan kesejahteraan dalam membentuk masyarakat Islam yang progresif serta berakhlak mulia.

Penyertaan UNIMEL dalam perarakan ini melambangkan komitmen universiti terhadap usaha memperkukuh nilai-nilai Islam dan memperingati perjuangan Rasulullah SAW dalam membina peradaban ummah.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai kontinjen daripada jabatan kerajaan, institusi pendidikan, badan beruniform serta pertubuhan bukan kerajaan yang bersama-sama menjayakan sambutan tahunan ini.