Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 13/07/2025 02:26 PM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

AKTIVITI BERKAYAK PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL) DI AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)

Kelab Kayak Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah berjaya melaksanakan satu program aktiviti luar yang penuh mencabar dan menyeronokkan bertempat di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Kuala Linggi, Melaka.

Program yang berlangsung hari ini telah disertai ahli kelab yang terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti. Aktiviti utama adalah sesi latihan asas dan pengendalian kayak, yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari ALAM. Para peserta turut didedahkan kepada aspek keselamatan air, kawalan kayak, serta latihan kecemasan di laut terbuka.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada pihak pengurusan Universiti Islam Melaka serta kerjasama erat daripada pihak ALAM yang menyediakan fasiliti dan peralatan lengkap bagi menjayakan aktiviti ini.

Kelab Kayak UNIMEL akan terus komited untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah aktif dalam pembangunan sahsiah dan fizikal melalui aktiviti ko-kurikulum yang bermanfaat.