Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 09/03/2025 12:46 PM

PELAJAR UNIMEL DIANUGERAHKAN PRESTASI SUKARELA TERBAIK

L/Kpl Az Nur Athirah binti Azahar merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Kaunseling, Fakulti Sains Sosial, Universiti Islam Melaka. Beliau telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Prestasi Sukarela Terbaik Tahun 2024 pada 9 Mac 2025 sempena Perbarisan Pembukaan Latihan Tahunan 2025 Rejimen 514 AW di Kem 514 Bukit Beruang, Melaka.

Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen, dan prestasi luar biasa yang telah ditunjukkan oleh beliau dalam melaksanakan tugas sukarela sepanjang tahun 2024, di samping memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Penghargaan ini adalah suatu penghormatan terhadap sumbangan besar yang
telah diberikan oleh anggota sukarela yang telah berjaya mengatasi segala cabaran dan mempamerkan prestasi cemerlang dalam menjalankan tugas.

Diharapkan anugerah ini dapat memberi penghargaan yang sewajarnya terhadap dedikasi beliau serta menjadi motivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang akan datang.