π 26/02/2025 08:18 PM
KEMBARA PERWIRA PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MELAKA
Program Kembara Perwira seramai 48 orang anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat, UNIMEL terlibat didalam program ini.
Dengan adanya program seperti ini ianya dapat membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal anggota dengan melibatkan pelbagai aktiviti yang menguji daya tahan, kepantasan dan kekuatan untuk kesiapsiagaan fizikal anggota.


Selain itu, program ini juga menyediakan ruang kepada anggota untuk menikmati aktiviti luar selain daripada latihan dan tugas ketenteraan. Ia memberi peluang untuk mereka merasa lebih dekat dengan rakan
sepasukan. Memberi peluang kepada anggota untuk memimpin dan menguruskan pasukan serta dapat mengasah kemahiran kepimpinan dan pengurusan masa mereka.