KEJOHANAN BADMINTON AL FALAH UNIVERSITI ISLAM MELAKA
Kejohanan Badminton Al Falah telah diadakan pada 22 Februari 2025 bertempat di Paya Mengkuang, Masjid Tanah. Program ini telah dianjurkan Oleh Rakan Siswa Yadim Universiti Islam Melaka bagi mempereratkan hubungan seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Islam Melaka. Program ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Muhammad Izdihar Bin Idris selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 25/26.
Program ini memberi kesan yang positif kepada peserta yang telibat. Seramai 66 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Melaka dari pelbagai fakulti telah ikut serta dalam program kali ini.


Objektif utama program adalah memberi peserta mengenal pasti potensi diri, membina keyakinan diri dan menguasai kemahiran kepimpinan seperti komunikasi, pengurusan berpasukan dan pengambilan keputusan yang berkesan.
Secara keseluruhan, Kejohanan Badminton Al Falah ini telah diakhiri dengan sesi pemberian hadiah dan bergambar bersama para pemenang dan peserta. Semoga segala aktiviti dan program yang dibuat dapat memberi manfaat kepada seluruh para peserta.