HARI KELUARGA THE MARKETING CLUB
Hari Keluarga yang telah berlangsung pada 20 Febuari 2025, bertempat di Pantai Pengkalan Balak. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab TMKC daripada Fakulti Perniagaan Hospitaliti dan Teknologi, Universiti Islam Melaka bagi mempereratkan silaturahim sesama pelajar kelab. Pembuka bicara untuk permulaan program oleh Mc dan diikuti dengan pengenalan VVIP (Dr.Nadia Binti Ishak) dan VIP (YDP.Muhammad Imran Bin Mohd Azmi) bagi memeriahkan program.

Ia dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Exco Dakwah agar mendapat kerahmatan bagi menjayakan program hari keluarga sesi 2025. Program ini telah melibatkan seramai 19 orang pelajar Universiti Islam Melaka dan seorang penyelaras TMKC iaitu Puan Suzana Binti Abdul Rahman.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada semua peserta untuk berinteraksi dan memperkukuhkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti yang melibatkan kerjasama dalam satu pasukan. Selain itu, menggalakkan kerjasama antara satu sama lain dan melatih kemahiran berkomunikasi yang efektif dalam satu pasukan bagi menyelesaikan segala aktiviti yang ada di hari kejadian. Memberi inspirasi dan semangat kepada peserta melalui ceramah motivasi dalam aspek kehidupan seorang pelajar.

Kesimpulannya, setiap pelajar kelab TMKC memberikan kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam membantu menjayakan program hari keluarga tersebut. Program ini telah berlangsung dengan lancar walaupun mempunyai serba sedikit kekangan yang berlaku pada hari kejadian. Semangat setia kawan dan sifat nilai murni yang telah dipupuk diantara pelajar TMKC melalui aktiviti – aktiviti semasa program ini berlangsung.