KURSUS ASAS KEPIMPINAN MAHASISWA/I UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)
Kursus asas kepimpinan mahasiswa/I telah diadakan pada 17 Februari 2025 yang bertempat di ruangan Bilik MPP 1, pusat pelajar, Universiti Islam Melaka. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Kelab Anak Pahang Universiti Islam Melaka bagi memantapkan lagi asas kepimpinan di dalam diri mahasiswa/i. Kelab ini telah dihadiri oleh Majlis Tertinggi Kelab Anak Pahang dan mahasiswa/i Universiti Islam Melaka.
Kursus asas kepimpinan ini telah disampaikan oleh dua penceramah iaitu Encik Muhammad Yasin bin Omar Mokhtar yang juga merupakan penyelaras Persatuan Kelab Anak Pahang dan Ustaz Ahmad Faqih bin Ibrahim selaku pensyarah Fakulti Keilmuan Islam Universiti Islam Melaka yang telah berkongsi ilmu tentang asas serta menjadi seorang pemimpin. Seramai 13 orang mahasiswa/i Universiti Islam Melaka dari pelbagai fakulti yang telah mengikuti kursus ini.
Antara objektif utama kursus ini adalah mengenal potensi diri serta membina keyakinan dalam diri. Tujuan kursus asas kepimpinan ini adalah memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada mahasiswa/i Kelab Anak Pahang mengenai cara memimpin serta melahirkan pemimpin yang berkeyakinan tinggi cemerlang dari segi perlakuan, emosi dan sahsiah diri.
Secara keseluruhannya, Kursus Asas Kepimpinan ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para peserta dan sesi bergambar bersama penceramah. Semoga segala ilmu yang telah disampaikan dari penceramah dapat memberi manfaat kepada semua peserta.