Utama โ€บ Berita โ€บ Pelajar
๐Ÿ• 14/02/2025 06:45 PM

MAJLIS BACAAN YASSIN FAKULTI KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN (UNIMEL)

Majlis Bacaan Yassin,Solat Hajat dan Farewell DK49 serta Majlis Anugerah Dekan Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan diadakan pada 14 Februari 2025 bertempat di Masjid Al-Ilmi dan Dewan Utama Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan.Program ini bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Nursing Health Science Studentโ€™s Association (NuHSSA). Program ini juga telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Muhammad Izdihar Bin Idris selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 25/26.

Program ini telah dihadiri oleh 232 orang peserta yang mana terdiri oleh para pelajar,pensyarah-pensyarah dan para clinical instructor Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan.Objektif program ini untuk memohon dan berdoa kepada Allah SWT agar diberikan keberkatan, perlindungan dan kemudahan kepada para pelajar Diploma Kejururawatan Kumpulan 49 (DK49) yang bakal menduduki peperiksaan Lembaga Kejururawatan Malaysia (LJM).

Sebagai kesimpulan,program ini diakhiri dengan sesi salam restu para pelajar DK49 yang bakal menjalani peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM ) pada 19 Februari 2025.Oleh itu,kami harapkan keputusan cemerlang dan lulus sepenuhnya buat para pelajar DK 49.