Utama Berita Pelajar
🕐 09/02/2025 03:42 PM
SDG 4: Quality Education SDG 10: Reduced Inequalities SDG 17: Partnerships for the Goals

“TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK”

Kem Kepimpinan Kelab Siswa Siswi Pendidikan Awal Kanak-kanak (KESPAKK) 2.0 ini dilaksanakan di Rumah Kasih Tun Abd Aziz dengan penyertaan seramai 35 orang kanak-kanak, 30 orang ahli kelab dan 8 orang pegawai pengiring.

Dibawah pimpinan Penyelaras Kelab, Pn Qalam Rabiah binti Ibrahim program ini dirangka untuk meningkatkan skill berorganisasi dan semangat berpasukan dalam diri para peserta.

Selain itu, ia juga sebagai satu pendorong kepada mahasiswa mahasiswi UNIMEL untuk menanamkan sifat-sifat seorang pemimpin dalam diri agar dapat menjadi tunggak kepimpinan yang berwawasan dan berwibawa di masa akan datang.

Program ini telah dirasmikan oleh Cik Aziyati Zahira binti Asnil Aimi, Ketua Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan kami selitkan ceramah motivasi yang disampaikan oleh En Muhammad Syahfei bin Mohamad. Semoga dengan wujudnya program seperti ini kami berharap dapat melahirkan mahasiswa mahasiswi yang bermasyarakat selaras dengan moto kelab iaitu “memasyarakatkan mahasiswa”.