Utama β€Ί Berita β€Ί Pelajar
πŸ• 05/02/2025 02:34 PM

PELAJAR DIPLOMA KAUNSELING(UNIMEL) KE PUSAT KAUNSELING, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS)

Program Kunjung Hormat ke Pusat Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah berlangsung pada 5 Februari 2025 di Seremban, Negeri Sembilan. Seramai 24 pelajar Diploma Kaunseling Semester Lima, Universiti Islam Melaka bersama pensyarah kursus Perkahwinan dan Keluarga (SPK 3123), Encik Muhamad Syamiezy Bin Sidek telah menghadiri program ini dari jam 7:00 pagi hingga 4:00 petang. Tetamu terhormat yang turut menjadi penceramah program ialah Pn. Fadilah binti Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kaunseling dan Latihan, serta Pn. Siti Noor Hagizah bt Che Jusoh, Ketua Unit Kaunseling.

Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai isu perkahwinan dan keluarga dalam Islam, mengenali peranan Pusat Kaunseling MAINS serta melawat bahagian kaunseling dan latihan MAINS. Kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberikan pelajar pemahaman lebih mendalam tentang isu berkaitan serta gambaran yang lebih jelas mengenai suasana dan pendekatan dalam sesi kaunseling