UNIMEL–DBP TEROKA KOLABORASI PENERBITAN ILMIAH NASIONAL
Melaka | 6 Februari (Jumaat) – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan ilmu negara apabila Naib Canselor UNIMEL, Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, menerima kunjungan hormat Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pertemuan tersebut bertujuan membincangkan hala tuju kolaborasi strategik antara UNIMEL dan DBP Dewan Bahasa Dan Pustaka , khususnya dalam bidang penerbitan ilmiah nasional.
Perbincangan ini membuka ruang kerjasama dua hala yang lebih bersepadu dalam usaha memartabatkan budaya ilmu, memperkasa penulisan akademik serta menyokong pembangunan penerbitan ilmiah negara.
Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil menyambut baik inisiatif tersebut dan berharap kolaborasi ini dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan karya ilmiah berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan dunia akademik.
Kerjasama UNIMEL–DBP ini selari dengan aspirasi memperkukuh ekosistem ilmu negara dan memperluaskan akses kepada penerbitan ilmiah yang berwibawa di peringkat nasional.