🕐 30/10/2026 05:23 PM
SDG 4: Quality Education SDG 8: Decent Work and Economic Growth SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure

MUTAWIF IN THE DIGITAL ERA: UNIMEL STRENGTHENS COMPETENCIES AND TRANSFORMS HAJJ AND UMRAH SERVICES

MELAKA, 30 OCTOBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to expand its role in providing professional education and lifelong learning through the Professional Course – Mutawif Empowerment and Hajj Digital Transformation Programme 1448H, in collaboration with Road2Haramain.

Held on 30 October 2026, from 7.00 a.m. to 7.00 p.m. via Google Meet, the programme focused on enhancing mutawifs’ competencies in navigating technological advancements and addressing the evolving needs of the Hajj and Umrah management industry.

Among the key areas highlighted were the importance of social media in building the confidence and trust of prospective pilgrims, as well as the application of digital technology to enhance service delivery. These approaches are essential in ensuring that Hajj and Umrah service providers can adapt to changes in the industry landscape and meet the expectations of today’s customers.

The course covered various topics, including social media content creation, Meta Ads, sales techniques, digital hospitality, financial technology and healthcare. These sessions aimed to equip participants with relevant knowledge and practical skills to improve management efficiency and the quality of services provided to pilgrims.

The organisation of this programme also reflects UNIMEL’s commitment to strengthening strategic industry partnerships through the sharing of expertise and professional experience. This industry-driven learning approach enables participants to connect theoretical knowledge with real-world practices while encouraging continuous improvements in Hajj and Umrah service delivery.

Through this initiative, UNIMEL hopes that mutawifs will be able to enhance their preparedness, optimise the use of digital technology and strengthen their professionalism in carrying out their responsibilities of guiding pilgrims.

UNIMEL remains committed to advancing professional education and lifelong learning through strategic industry collaborations, in line with its efforts to develop highly skilled, competent and competitive professionals capable of addressing the challenges of the digital era.


MUTAWIF DALAM ERA DIGITAL: UNIMEL PERKASA KOMPETENSI DAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN HAJI DAN UMRAH

MELAKA, 30 OKTOBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperluas peranannya dalam menyediakan pendidikan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat menerusi penganjuran Kursus Profesional – Program Pemerkasaan Mutawif dan Transformasi Digital Haji 1448H dengan kerjasama Road2Haramain.

Program yang berlangsung pada 30 Oktober 2026, dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang menerusi platform Google Meet ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kompetensi mutawif dalam mendepani perkembangan teknologi digital serta keperluan industri pengurusan haji dan umrah yang semakin dinamik.

Antara fokus utama program adalah kepentingan penggunaan media sosial dalam membina keyakinan dan kepercayaan bakal jemaah, di samping penerapan teknologi digital bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Pendekatan ini dilihat penting dalam memastikan pengendali haji dan umrah mampu menyesuaikan diri dengan perubahan landskap industri serta memenuhi jangkaan pelanggan masa kini.

Pengisian kursus merangkumi pelbagai aspek termasuk penghasilan kandungan media sosial, penggunaan Meta Ads, teknik jualan, hospitaliti digital, teknologi kewangan serta aspek kesihatan. Pendedahan ini bertujuan melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang relevan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan serta mutu perkhidmatan kepada jemaah.

Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen UNIMEL dalam memperkukuh hubungan strategik bersama pihak industri melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman profesional. Pendekatan pembelajaran berasaskan keperluan industri membolehkan peserta menghubungkan pengetahuan teori dengan amalan sebenar, sekali gus menggalakkan penambahbaikan berterusan dalam bidang perkhidmatan haji dan umrah.

Melalui inisiatif ini, UNIMEL berharap agar para mutawif dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, mengoptimumkan penggunaan teknologi digital dan memperkukuh profesionalisme dalam menjalankan tanggungjawab membimbing jemaah.

UNIMEL akan terus komited memperkasa pendidikan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat melalui kerjasama strategik dengan industri, selaras dengan usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing dalam mendepani cabaran era digital.