🕐 28/08/2026 02:47 PM
SDG 4: Quality Education SDG 8: Decent Work and Economic Growth

“THE FUTURE OF WORK” ENHANCES UNIMEL STUDENTS’ READINESS FOR THE WORLD OF WORK

MELAKA, 28 AUGUST 2026 – The Faculty of Business, Hospitality and Technology (FPHT), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), organised a knowledge-sharing session entitled “The Future of Work: How Innovation and Leadership Are Reshaping Human Resources” at the Al-Ghazali Library, UNIMEL.

The session featured three invited speakers, namely Dr. Intan Maizura Abdul Rashid, Mr. Syahiru bin Shafai and Ms. Harniyati binti Hussin, who shared their insights and experiences on the importance of innovation, leadership and adaptability in responding to changes in the evolving world of work.

The programme provided students from the Management Programme with valuable exposure to current developments in human resource management and the importance of acquiring skills relevant to industry needs. The sharing session also enabled students to gain a better understanding of the challenges and career opportunities in an increasingly dynamic working environment shaped by technological advancements and organisational changes.

According to the course lecturer, Puan Hamidah binti Norman, such exposure is essential in bridging academic learning with the realities of the professional world. Students must not only master knowledge in management but also develop essential soft skills, including leadership, communication, critical thinking and the ability to adapt to change.

“The world of work is changing rapidly. Therefore, students must not only acquire knowledge in management but also develop leadership, communication, critical thinking and adaptability skills,” she said.

Following the sharing session, the invited speakers were also invited to evaluate project presentations by students from the Management Programme. This evaluation session enabled students to receive professional feedback, improve the quality of their presentations and gain more practical learning experiences aligned with the demands of the real working environment.

The organisation of this programme reflects FPHT UNIMEL’s commitment to strengthening the quality of learning through knowledge-sharing sessions with experienced professionals. It also supports the university’s efforts to produce graduates who excel academically while possessing the skills, confidence and readiness to meet the challenges of future careers.

Together, shaping knowledgeable, skilled and future-ready graduates.


“THE FUTURE OF WORK” PERKASA KESIAPSIAGAAN PELAJAR UNIMEL MENGHADAPI DUNIA KERJAYA

MELAKA, 28 OGOS 2026 – Fakulti Perniagaan, Hospitaliti dan Teknologi (FPHT), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan sesi perkongsian bertajuk “The Future of Work: How Innovation and Leadership Are Reshaping Human Resources” bertempat di Perpustakaan Al-Ghazali, UNIMEL.

Sesi perkongsian ini menampilkan tiga panel jemputan, iaitu Dr. Intan Maizura Abdul Rashid, Encik Syahiru bin Shafai dan Puan Harniyati binti Hussin, yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan kepentingan inovasi, kepimpinan dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan landskap dunia pekerjaan.

Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar Program Pengurusan mengenai perkembangan semasa dalam bidang sumber manusia serta kepentingan menguasai kemahiran yang relevan dengan keperluan industri. Perkongsian tersebut turut membuka ruang kepada pelajar untuk memahami cabaran dan peluang kerjaya dalam persekitaran pekerjaan yang semakin dinamik, didorong oleh kemajuan teknologi dan perubahan organisasi.

Menurut pensyarah subjek, Puan Hamidah binti Norman, pendedahan seumpama ini amat penting bagi menghubungkan pembelajaran akademik dengan realiti dunia pekerjaan. Pelajar bukan sahaja perlu menguasai pengetahuan dalam bidang pengurusan, malah perlu membangunkan kemahiran insaniah yang merangkumi kepimpinan, komunikasi, pemikiran kritis dan keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan.

“Dunia pekerjaan sedang berubah dengan begitu pantas. Justeru, pelajar bukan sahaja perlu menguasai ilmu dalam bidang pengurusan, tetapi juga perlu membina kemahiran kepimpinan, komunikasi, pemikiran kritis dan keupayaan beradaptasi,” katanya.

Selain sesi perkongsian, para panel jemputan turut diberi peluang untuk menilai pembentangan projek pelajar Program Pengurusan. Sesi penilaian ini membolehkan pelajar menerima maklum balas profesional, memperbaiki kualiti pembentangan serta memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih praktikal dan selari dengan keperluan dunia pekerjaan sebenar.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen FPHT UNIMEL dalam memperkukuh kualiti pembelajaran melalui perkongsian ilmu bersama pihak yang berpengalaman, sekali gus membantu melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut memiliki kemahiran, keyakinan dan kesiapsiagaan untuk menghadapi cabaran kerjaya masa hadapan.

Bersama membentuk graduan berilmu, berkemahiran dan bersedia menghadapi masa hadapan.