Utama β€Ί Berita β€Ί Akademik
πŸ• 08/06/2026 04:30 PM
SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

WACANA ENDOWMEN UNIMEL: SINERGI MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN KELESTARIAN UMMAH

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh agenda pendidikan, kebajikan mahasiswa dan pembangunan ummah menerusi penganjuran Wacana Endowmen UNIMEL: Sinergi Memperkasa Pendidikan dan Kelestarian Ummah, Majlis Penyerahan Komputer Wakaf serta Minggu Mesra Siswa Sesi Jun 2026/2027 yang berlangsung di Auditorium Ibnu Khaldun, UNIMEL.

Majlis yang disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka ini turut menyaksikan penyerahan 10 set Komputer Wakaf hasil sumbangan YBrs. Dr. Mohd Padzil Mohd Daros, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Kumpulan Gedung Penawar serta YBrs. Madam Adlin binti Masood, Ketua Pegawai Eksekutif Infotree Sdn. Bhd. sebagai tanda keprihatinan dan komitmen mereka dalam menyokong agenda pendidikan serta pendigitalan pembelajaran di UNIMEL menerusi Projek Komputer Wakaf.

Program ini turut menampilkan wacana bertajuk β€œWakaf dan Zakat: Sinergi Memperkasa Pendidikan dan Kesejahteraan Ummah” yang dikendalikan oleh Dr. Rahisam bin Ramli selaku moderator dengan menampilkan dua panel jemputan iaitu Tuan Haji Hairulamin bin Mohd Sis, Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Ustaz Noorzakry bin Nor Jamal, Pengarah Operasi Pusat Zakat Melaka.

Menurut Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly dalam ucapan beliau yang disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Rohayati binti Mohd Isa, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Institusi, UNIMEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang, pewakaf, rakan strategik dan semua pihak yang telah menjayakan agenda S.I.N.A.R. UNIMEL (Sustainable Income & Investment for Nurturing Advancement of Resources), Tabung Wakaf UNIMEL serta Tabung Endowmen Pendidikan UNIMEL.

Beliau menegaskan bahawa setiap sumbangan yang dihulurkan merupakan pelaburan berharga dalam membangunkan modal insan, memperkasa pendidikan dan menjamin kelestarian pembangunan ummah.

Penganjuran program ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan dan memperkukuhkan pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan pendidikan universiti melalui S.I.N.A.R. UNIMEL yang berteraskan amalan wakaf, zakat, infaq dan endowmen sebagai mekanisme sokongan kepada kesejahteraan mahasiswa serta kecemerlangan institusi.

Bersempena program ini juga, lebih 800 mahasiswa dan mahasiswi baharu yang mendaftar bagi Sesi Jun 2026/2027 diraikan melalui Minggu Mesra Siswa sebagai langkah awal dalam membentuk pengalaman kampus yang holistik, berdaya saing dan berteraskan nilai-nilai Islam.

Semoga segala sumbangan, wakaf dan usaha murni yang dilaksanakan melalui S.I.N.A.R. UNIMEL, Tabung Wakaf, Tabung Endowmen Pendidikan dan Projek Komputer Wakaf ini menjadi amal jariah yang berterusan serta memberi manfaat kepada generasi pelajar pada masa kini dan akan datang.

Pelaburan terbaik ialah pelaburan dalam pendidikan demi membina masa depan ummah yang lebih gemilang.


UNIMEL ENDOWMENT DISCOURSE: SYNERGY IN EMPOWERING EDUCATION AND SUSTAINING THE UMMAH

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen its educational agenda, student welfare initiatives, and community development efforts through the organization of the UNIMEL Endowment Discourse: Synergy in Empowering Education and Sustaining the Ummah, the Waqf Computer Handover Ceremony, and the Student Orientation Week for the June 2026/2027 Session, held at the Ibnu Khaldun Auditorium, UNIMEL.

The event was officiated by YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Deputy EXCO for Education, Higher Education, and Religious Affairs of the State of Melaka. The ceremony also witnessed the handover of 10 Waqf Computer Sets, generously contributed by Dr. Mohd Padzil Mohd Daros, Executive Chairman and Founder of the Gedung Penawar Group, and Madam Adlin Masood, Chief Executive Officer of Infotree Sdn. Bhd., as a reflection of their concern and commitment towards supporting educational development and the digitalization of learning at UNIMEL through the Waqf Computer Project.

The programme also featured a discourse entitled β€œWaqf and Zakat: Synergy in Empowering Education and the Well-Being of the Ummah”, moderated by Dr. Rahisam Ramli, with two distinguished panelists: Tuan Haji Hairulamin Mohd Sis, Baitulmal Manager of the Melaka Islamic Religious Council (MAIM), and Ustaz Noorzakry Nor Jamal, Operations Director of the Melaka Zakat Centre.

According to Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, in a speech delivered on his behalf by Prof. Ts. Dr. Rohayati Mohd Isa, Deputy Vice-Chancellor for Institutional Development, UNIMEL expressed its deepest appreciation to all donors, waqf contributors, strategic partners, and stakeholders who have supported the university’s S.I.N.A.R. UNIMEL (Sustainable Income & Investment for Nurturing Advancement of Resources) initiative, the UNIMEL Waqf Fund, and the UNIMEL Education Endowment Fund.

He emphasized that every contribution made represents a valuable investment in developing human capital, empowering education, and ensuring the sustainable development of the ummah.

The programme also served as a platform to introduce and strengthen the implementation of various welfare and educational development initiatives through S.I.N.A.R. UNIMEL, which is founded upon the principles of waqf, zakat, infaq, and endowment as mechanisms to support student well-being and institutional excellence.

In conjunction with the programme, more than 800 new students enrolled for the June 2026/2027 Session were welcomed through the Student Orientation Week, marking the beginning of a holistic, competitive, and values-driven campus experience grounded in Islamic principles.

May all contributions, waqf donations, and noble efforts undertaken through S.I.N.A.R. UNIMEL, the UNIMEL Waqf Fund, the Education Endowment Fund, and the Waqf Computer Project be rewarded as continuous charity (sadaqah jariyah) and continue to benefit current and future generations of students.

The best investment is an investment in education, for it builds a brighter future for the ummah.