ππππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππππππππ πππππππ ππππππ ππππππ πππ πππππ
MELAKA, 23 Februari 2026 β Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh jaringan akademik antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bitwin Campus, Sri Lanka dalam satu majlis yang berlangsung di kampus UNIMEL, baru-baru ini.
Naib Canselor UNIMEL, Abdul Khalil Shawkataly telah menerima kunjung hormat delegasi Bitwin Campus yang diketuai oleh A.K. Suhail Ahamed, Pengerusi Bitwin Campus Sri Lanka, bersama M.A.S. Deen, Pengarah Urusan Bitwin Campus Sri Lanka.
Pemeteraian MoU tersebut menandakan permulaan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam bidang akademik, penyelidikan, mobiliti pelajar dan pensyarah serta pembangunan program bersama yang berorientasikan keperluan global.
Menurut Naib Canselor UNIMEL, kolaborasi ini merupakan langkah signifikan dalam usaha universiti memperluaskan jaringan antarabangsa serta meningkatkan daya saing institusi di peringkat global.
βKolaborasi ini membuka ruang strategik kepada UNIMEL untuk memperluaskan jaringan akademik global dan memperkukuh kualiti pendidikan melalui kerjasama antarabangsa yang berimpak,β ujar beliau.
Kerjasama ini juga dijangka memberi manfaat besar kepada pelajar dan tenaga akademik melalui perkongsian kepakaran, pemindahan ilmu serta pendedahan kepada pengalaman pembelajaran merentas negara dan budaya.
Inisiatif ini selari dengan aspirasi UNIMEL untuk terus memperkasa kecemerlangan akademik dan memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang progresif, dinamik dan berorientasikan global.