Utama β€Ί Berita β€Ί Korporat
πŸ• 02/02/2026 01:24 PM

KOLABORASI STRATEGIK ANTARABANGSA UNIMEL GLOBEMEE GMBH,JERMAN PACU KEBOLEHPASARAN GRADUAN GLOBAL

KUALA SUNGAI BARU, 2 Februari 2026 – Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menerima kunjungan hormat En. Manfred Franz Huber, Claudia Ulrike Huber dan Amano Haniffa dari Globemee GmbH, rakan industri dari Jerman, bagi meneroka potensi kolaborasi strategik dalam pembangunan akademik, latihan profesional serta pembukaan laluan kerjaya antarabangsa untuk pelajar.

Perbincangan memfokuskan kerjasama merentas program pengajian yang menekankan pembangunan kompetensi profesional serta peluang penempatan kerja luar negara, khususnya dalam bidang caregiver, hospitaliti, psikologi, kaunseling dan program berkaitan. Inisiatif ini bertujuan membina laluan kerjaya berstruktur bermula daripada latihan, pendedahan industri hingga penempatan pekerjaan selari dengan keperluan pasaran global semasa.

Naib Canselor UNIMEL berkata kolaborasi strategik ini memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan melalui pembangunan kompetensi berfokus industri serta akses langsung kepada peluang pekerjaan antarabangsa, sekali gus menyokong aspirasi UNIMEL dalam melahirkan graduan berdaya saing di peringkat global.

Sesi perbincangan ini turut disertai oleh Dato’ Seri Zulfaqar Hashim, Pengarah Pembangunan Perniagaan, JMR Knowledge Bridge Sdn. Bhd serta Pn Hajjah Norziaj Sarudin, Dekan Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan UNIMEL.