𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐂𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋𝐎𝐑 𝐔𝐈𝐌 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐂𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋𝐎𝐑 𝐔𝐍𝐈𝐌𝐄𝐋
Melaka | 21 Januari 2026 — Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Profesor Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Islam Malaysia (UIM), Profesor Emerita Siti Naaishah Hambali, bertempat di UNIMEL.
Menurut Profesor Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, kunjungan tersebut menjadi platform perbincangan strategik antara UIM dan UNIMEL dalam meneroka potensi kerjasama dua hala, khususnya bagi memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi yang mampan, berdaya saing serta responsif terhadap keperluan semasa dan cabaran global.
Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kesediaan pihak UIM berkongsi pandangan dan pengalaman, yang diyakini mampu membuka ruang kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan institusi serta pemerkasaan nilai Islam dalam pendidikan tinggi.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Mohd Reemy bin Abd Shatar, Pegawai Eksekutif Bahagian Pembangunan UIM; Asbullah bin Adnan, Konsultan UIM; serta Profesor Ts. Dr. Rohayati Binti Mohd Isa, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Institusi UNIMEL.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua universiti Islam untuk memperkukuh jaringan strategik dan memperkasakan peranan institusi pendidikan tinggi Islam dalam menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.