Utama โ€บ Berita โ€บ Akademik
๐Ÿ• 01/12/2025 08:17 PM
SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

PROGRAM MOBILITI PELAJAR MAKTAB ADABI MAHARANI MUAR PERKUKUH JALINAN AKADEMIK BERSAMA UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Seramai kira-kira 50 orang pelajar dari Maktab Adabi Maharani Muar telah mengadakan lawatan akademik ke Universiti Islam Melaka menerusi penganjuran Program Mobiliti Maktab Adabiโ€“Universiti Islam Melaka 2025, yang bertujuan memperkukuh pendedahan awal pelajar terhadap persekitaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Delegasi Maktab Adabi Maharani Muar telah diketuai oleh YBrs. Ir. Hj. Hashim bin Hussein selaku Pengelola Maktab Adabi Muar, bersama Puan Nik Norlaily Nik A. Rasyid, Pengetua. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Pn. Fatimah Nadirah binti Mohd Noor, Dekan Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka, yang turut menyatakan penghargaan atas kesudian pihak Maktab Adabi memilih UNIMEL sebagai destinasi program mobiliti akademik.

Sepanjang lawatan, para peserta diberi peluang menyaksikan sendiri kemudahan pembelajaran dan sokongan pelajar yang disediakan oleh Universiti Islam Melaka. Antara lokasi yang dilawati termasuk Moot Court yang digunakan bagi latihan dan simulasi perundangan, Makmal Demonstrasi dan Dialisis yang menyokong pembelajaran berasaskan amali, Perpustakaan al-Ghazali sebagai pusat rujukan ilmiah, Pusat Pelajar serta Kolej Kediaman yang menempatkan kemudahan kebajikan dan kehidupan kampus mahasiswa.

Menurut pihak penganjur, program mobiliti ini bukan sahaja memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti, malah berperanan membina aspirasi dan motivasi pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, khususnya dalam bidang pengajian Islam dan disiplin berkaitan.

Dalam sesi pertemuan dan perbincangan, pihak pengurusan Maktab Adabi Maharani Muar turut menyatakan kesediaan untuk meneroka pelbagai bentuk kerjasama strategik bersama Universiti Islam Melaka. Antara potensi kerjasama yang dikenal pasti termasuklah penghantaran pelajar ke UNIMEL, jalinan kepakaran akademik dan profesional, pelaksanaan program penyelidikan bersama, perkongsian kepakaran pensyarah, serta penganjuran program akademik dan pembangunan pelajar secara bersama.

Program mobiliti ini menjadi indikator penting kepada hubungan kerjasama yang erat dan berterusan antara Universiti Islam Melaka dengan institusi pendidikan lain, sejajar dengan aspirasi universiti untuk memperluas jaringan kolaborasi akademik dan industri. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan serta kerjaya.


STUDENT MOBILITY PROGRAM OF MAKTAB ADABI MAHARANI MUAR STRENGTHENS ACADEMIC TIES WITH UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Approximately 50 students from Maktab Adabi Maharani Muar participated in an academic visit to Universiti Islam Melaka through the Maktab Adabiโ€“Universiti Islam Melaka Mobility Programme 2025. The programme aimed to enhance studentsโ€™ early exposure to the learning environment of higher education institutions while creating opportunities for strategic collaboration between the two institutions.

The delegation from Maktab Adabi Maharani Muar was led by YBrs. Ir. Hj. Hashim bin Hussein, Coordinator of Maktab Adabi Muar, together with Puan Nik Norlaily Nik A. Rasyid, the Principal. Upon arrival, the delegation was warmly welcomed by Pn. Fatimah Nadirah binti Mohd Noor, Dean of the Faculty of Islamic Knowledge at Universiti Islam Melaka, who expressed her appreciation for Maktab Adabiโ€™s decision to select UNIMEL as the destination for its academic mobility programme.

Throughout the visit, participants were given the opportunity to observe first-hand the learning facilities and student support services provided by Universiti Islam Melaka. Among the locations visited were the Moot Court, used for legal training and simulations; the Demonstration and Dialysis Laboratory, which supports practical-based learning; the Al-Ghazali Library, serving as a centre for academic references; the Student Centre; and the Residential College, which provides welfare and campus living facilities for students.

According to the organisers, the mobility programme not only offered students direct exposure to the university learning environment but also played a significant role in inspiring and motivating them to pursue higher education, particularly in the fields of Islamic studies and related disciplines.

During the discussion session, the management of Maktab Adabi Maharani Muar also expressed its willingness to explore various forms of strategic collaboration with Universiti Islam Melaka. Potential areas of cooperation identified included student enrolment pathways to UNIMEL, academic and professional networking, joint research initiatives, the sharing of lecturersโ€™ expertise, and the organisation of collaborative academic and student development programmes.

This mobility programme serves as an important indicator of the strong and ongoing partnership between Universiti Islam Melaka and other educational institutions, in line with the universityโ€™s aspiration to expand its network of academic and industry collaborations.

It is hoped that similar initiatives will continue in the future to nurture a generation of knowledgeable, skilled, and capable students who are well-prepared to face the challenges of education and professional careers.