🕐 05/05/2026 03:36 AM
SDG 3: Good Health and Well-Being SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

UNIMEL AND SALAM MEDICAL CENTRE FORGE STRATEGIC PARTNERSHIP TO ADVANCE EDUCATION AND HEALTHCARE

MELAKA – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) has further strengthened its strategic collaboration with the industry by signing a Memorandum of Understanding (MoU) with SALAM Medical Centre Sdn. Bhd. during an official ceremony held at the UNIMEL campus.

The signing of the MoU marks a significant milestone in expanding collaboration between higher education institutions and the healthcare sector, creating greater opportunities for students, academic staff and researchers to engage in clinical training, research, innovation and professional development.

The agreement was formally signed by UNIMEL Vice-Chancellor, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, and the Chief Executive Officer of SALAM Medical Centre Sdn. Bhd., Mr. Akim Affandi Ahmad, in the presence of the senior management teams of both organisations.

Through this partnership, both parties are committed to developing initiatives that will enhance the higher education ecosystem and healthcare services. Key areas of collaboration include the provision of quality clinical training, joint research initiatives, professional knowledge sharing, human capital development, and the exploration of innovation in healthcare.

The Vice-Chancellor stated that strategic collaborations of this nature are aligned with UNIMEL’s aspiration to produce graduates who excel not only academically but also possess the professional competencies required to meet the evolving needs of the healthcare industry.

He further emphasised that partnerships with industry serve as an important platform for enriching students’ learning experiences through exposure to real-world professional practices, while enhancing graduate employability and strengthening a research culture that delivers meaningful benefits to society.

Beyond benefiting the university community, this collaboration is expected to contribute to improving the quality of healthcare services through the integrated sharing of knowledge, expertise and resources between academia and industry.

In line with UNIMEL’s commitment to the Sustainable Development Goals (SDGs), this collaboration supports SDG 3: Good Health and Well-being by strengthening healthcare delivery and developing skilled healthcare professionals. It also contributes to SDG 4: Quality Education through industry-based learning, impactful training and collaborative research, as well as SDG 17: Partnerships for the Goals by fostering strategic cooperation between higher education institutions and the healthcare sector.

The signing of this Memorandum of Understanding reflects UNIMEL’s continued commitment to building sustainable partnerships with industry, reinforcing excellence in education, research and community engagement while producing competitive graduates who are well-equipped to contribute to national development.


UNIMEL DAN SALAM MEDICAL CENTRE METERAI KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PENDIDIKAN DAN KESIHATAN

MELAKA – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan industri apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama SALAM Medical Centre Sdn. Bhd. dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di kampus UNIMEL.

Pemeteraian MoU ini menandakan satu langkah penting dalam memperluas kolaborasi antara institusi pengajian tinggi dan sektor penjagaan kesihatan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada mahasiswa, pensyarah dan penyelidik untuk meneroka bidang latihan klinikal, penyelidikan, inovasi serta pembangunan profesional.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMEL, Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, bersama Ketua Pegawai Eksekutif SALAM Medical Centre Sdn. Bhd., Yang Berusaha Tuan Akim Affandi Ahmad, serta disaksikan oleh barisan pengurusan tertinggi kedua-dua organisasi.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk membangunkan pelbagai inisiatif yang memberi nilai tambah kepada ekosistem pendidikan tinggi dan perkhidmatan kesihatan. Antara fokus utama kerjasama ialah penyediaan latihan klinikal berkualiti, pelaksanaan penyelidikan bersama, perkongsian kepakaran profesional, pembangunan modal insan serta penerokaan inovasi dalam bidang kesihatan.

Naib Canselor UNIMEL berkata, kerjasama strategik seperti ini selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah memiliki kompetensi profesional serta mampu memenuhi keperluan industri kesihatan yang sentiasa berkembang.

Beliau turut menegaskan bahawa kolaborasi bersama rakan industri merupakan platform penting dalam memperkaya pengalaman pembelajaran mahasiswa melalui pendedahan kepada amalan sebenar di lapangan, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memperkukuh budaya penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat.

Selain memberi manfaat kepada warga universiti, jalinan kerjasama ini dijangka menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan menerusi perkongsian ilmu, kepakaran dan sumber secara bersepadu antara institusi akademik dan industri.

Selaras dengan komitmen UNIMEL terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), kerjasama ini menyokong SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan melalui usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan dan pembangunan tenaga profesional. Inisiatif ini turut menyumbang kepada SDG 4: Pendidikan Berkualiti menerusi penyediaan latihan berimpak tinggi, penyelidikan dan pembelajaran berasaskan industri, serta SDG 17: Perkongsian Demi Matlamat melalui pengukuhan kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi dan sektor kesihatan.

Pemeteraian Memorandum Persefahaman ini mencerminkan komitmen berterusan UNIMEL dalam membina jaringan kolaborasi yang mampan dengan rakan industri, sekali gus memperkasakan kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat demi melahirkan graduan berdaya saing yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.