PENTAS ILMU PERUNDANGAN PERKUKUH KESEDARAN UNDANG-UNDANG MAHASISWA UNIMEL

Universiti Islam Melaka, 28 Januari 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus komited memperkasa kefahaman undang-undang dalam kalangan mahasiswa apabila menganjurkan Pentas Ilmu Perundangan: From Flirt to Court – Batas Gurauan Seksual di Alam Siber bertempat di Auditorium Ibn Khaldun. Program yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang itu menghimpunkan kira-kira 150 hingga […]
KAMPUS SEJAHTERA: UNIMEL TRANSFORMASI LANDSKAP HIJAU, PACU AGENDA SDG MENERUSI MIKROMOBILITI

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus melangkah ke hadapan sebagai kampus lestari dengan pelaksanaan inisiatif mikromobiliti elektrik (e-bike) dan pemerkasaan landskap hijau menerusi tema “Kampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau.” Menurut Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, usaha ini bukan sekadar simbolik, malah melibatkan tindakan sebenar bagi mengurangkan jejak karbon kampus, memperkukuh […]
32 ANGGOTA WATANIAH UNIMEL SERTAI PERBARISAN PEMBUKAAN LATIHAN ASKAR WATANIAH 2026 REJIMEN 514

MELAKA, 24 Januari 2026 – Seramai 32 orang anggota Askar Wataniah Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah terlibat dalam Perbarisan Pembukaan Latihan Askar Wataniah Tahun 2026 Rejimen Ke-514 Askar Wataniah yang berlangsung di Persiaran Encore, Klebang, Melaka. Perbarisan ini telah disertai oleh seramai 5 orang pegawai dan 107 orang anggota sukarela, termasuk anggota Wataniah UNIMEL, sekali […]
9 ANGGOTA WATANIAH UNIMEL SERTAI EKSESAIS PERISAI KEAMANAN BANDAR 2026

SIKAMAT, 24 Januari 2026 – Seramai 9 orang anggota Askar Wataniah Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menyertai Eksesais Perisai Keamanan Bandar 2026 yang berlangsung di Kem Sikamat, Negeri Sembilan, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan dan pengurusan krisis melibatkan pelbagai agensi keselamatan negara. Latihan berskala besar ini melibatkan Tentera Darat Malaysia melalui Briged Pertama […]
UNIMEL- ARENA EDU VERTURE (M) SDN BHD MENJALIN KERJASAMA AKADEMIK & PEMASARAN PENDIDIKAN

Melaka, 23 Januari 2026 — Universiti Islam Melaka (UNIMEL) memeterai kolaborasi strategik bersama Arena Edu Venture (M) Sdn Bhd dalam bidang akademik dan pemasaran pendidikan, sekali gus memperluas keterlihatan serta meningkatkan capaian program pengajian UNIMEL secara lebih berfokus dan tersusun. Kerjasama ini dirangka bagi memperkukuh strategi penawaran akademik dan memperluas jaringan pemasaran pendidikan, selari dengan […]
TENAGA AKADEMIK UNIMEL DIAKUI INDUSTRI: DIPILIH SEBAGAI JURI PROFESIONAL KULINARI

Melaka, 22 Januari 2026 – Kepakaran akademik Universiti Islam Melaka terus mendapat pengiktirafan industri apabila salah seorang tenaga pengajarnya, Azman bin Ripin, Jurulatih Program Diploma Pengurusan Perhotelan, Fakulti Perniagaan, Hospitaliti dan Teknologi, dipilih sebagai juri profesional bagi pertandingan memasak MAH Melaka Hotelympic hari ini. Pertandingan berprestij anjuran Persatuan Hotel Malaysia Melaka Chapter itu telah berlangsung […]
UNIMEL ADALAH KAMPUS BEBAS ROKOK DAN VAPE

MELAKA, 22 Januari 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menegaskan komitmennya sebagai kampus bebas rokok dan vape yang meliputi seluruh kawasan universiti, melibatkan semua pelajar, staf serta pengunjung. Dasar ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan universiti dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan komuniti kampus sentiasa terpelihara. Penegasan status kampus bebas rokok dan vape ini mencerminkan pendirian tegas […]
KUNJUNGAN HORMAT NAIB CANSELOR UIM KEPADA NAIB CANSELOR UNIMEL

Melaka | 21 Januari 2026 — Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Profesor Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Islam Malaysia (UIM), Profesor Emerita Siti Naaishah Hambali, bertempat di UNIMEL. Menurut Profesor Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, kunjungan tersebut menjadi platform perbincangan strategik antara UIM […]
UNIMEL MENDUKUNG AMANAT TAHUN BAHARU KERAJAAN NEGERI MELAKA 2026

Melaka, 19 Januari 2026 – YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka, telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu Kerajaan Negeri Melaka 2026 bertemakan “Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi”. Amanat tersebut menekankan kepentingan pelaksanaan dasar yang berimpak tinggi, akauntabiliti pentadbiran serta pemerkasaan prestasi dalam pembangunan negeri secara menyeluruh. Seiring dengan […]
UNIMEL PERKUKUH NILAI “RESPONSIBLE” MELALUI AMALAN KITAR SEMULA KAMPUS

Universiti Islam Melaka, 19 Januari 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh penghayatan nilai teras “Responsible” menerusi pelaksanaan amalan kitar semula secara menyeluruh di kampus sebagai sebahagian daripada agenda Kampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau. Inisiatif ini dilaksanakan selari dengan pembudayaan konsep H.E.R.O (Holistic, Entrepreneurial, Responsible dan Outstanding) dalam ekosistem universiti, sekali gus mencerminkan […]