🕐 16/10/2026 03:20 PM

UNIMEL–MOBILITYONE STRENGTHEN INDUSTRY COLLABORATION, EXPOSING STUDENTS TO ROAD2HARAMAIN DIGITAL INNOVATION

MELAKA, 16 OCTOBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) continues to strengthen its strategic ties with industry through the participation of its students in the Soft Launch Ceremony of the Road2Haramain initiative, held at the offices of MobilityOne Sdn. Bhd. This participation represents a valuable opportunity for students to gain first-hand exposure to developments in digital technology, industry innovation and the transformation of the Hajj and Umrah services ecosystem.

The Road2Haramain initiative provides UNIMEL students with an opportunity to gain a deeper understanding of how digital technology is utilised in developing services related to Hajj and Umrah journeys. This exposure enables students to explore the potential of technology in improving service delivery efficiency, enhancing user experiences and meeting the needs of society in an increasingly digital era.

Participation in this initiative also adds value to students’ learning experiences beyond the classroom. Through exposure to a real-world industry environment, students have the opportunity to connect academic knowledge with practical applications while gaining a better understanding of the requirements, challenges and opportunities in today’s employment landscape.

The strategic collaboration between UNIMEL and MobilityOne Sdn. Bhd. also reflects the importance of strong partnerships between higher education institutions and industry in producing knowledgeable, skilled and competitive graduates. Such collaborations provide opportunities for students to broaden their perspectives, enhance their understanding of industry developments and establish professional networks that may benefit their future career development.

In the context of the evolving Hajj and Umrah industry, digital technology has significant potential to suppore systematic, accessible and efficient service delivery. Accordingly, exposure to initiatives such as Road2Haramain can help students understand the importance of innovation, creativity and adaptability in responding to technological changes and meeting the needs of an increasingly dynamic industry.

Beyond expanding their knowledge of digital technology, students’ participation also provides opportunities to explore a wider range of career prospects within the Hajj and Umrah sector. The sector requires a workforce equipped not only with relevant professional knowledge but also with digital, communication, management and problem-solving skills to meet the demands of modern service delivery.

UNIMEL remains committed to providing a comprehensive learning experience by encouraging student participation in industry-oriented activities. This approach is essential in ensuring that graduates acquire not only academic qualifications but also the exposure, skills and confidence needed to adapt to labour market requirements and contribute to the development of the national economy.

Through its collaboration with MobilityOne Sdn. Bhd., UNIMEL hopes to explore further strategic partnership opportunities in the future, particularly in digital innovation, talent development and knowledge sharing between the university and industry. These ongoing efforts are also expected to strengthen a learning ecosystem that remains relevant to current developments while creating more opportunities for students to explore career prospects across various sectors.

Participation in the Road2Haramain initiative highlights the importance of synergy between universities and industry in shaping a new generation of professionals who are prepared to face future challenges. By combining academic knowledge, industry exposure and an understanding of digital technology, UNIMEL students can build a stronger foundation to become competent, innovative and competitive members of the workforce.

From Campus to Industry — Enhancing Competencies, Exploring Innovation, Shaping the Next Generation of Hajj and Umrah Professionals.


UNIMEL–MOBILITYONE PERKUKUH KOLABORASI INDUSTRI, DEDAH PELAJAR KEPADA INOVASI DIGITAL ROAD2HARAMAIN

MELAKA, 16 OKTOBER 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh hubungan strategik bersama pihak industri menerusi penyertaan pelajarnya dalam Majlis Pelancaran Awal (Soft Launch) Inisiatif Road2Haramain yang berlangsung di pejabat MobilityOne Sdn. Bhd. Penyertaan ini merupakan satu peluang bermakna kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan secara langsung terhadap perkembangan teknologi digital, inovasi industri serta transformasi dalam ekosistem perkhidmatan Haji dan Umrah.

Inisiatif Road2Haramain membuka ruang kepada pelajar UNIMEL untuk memahami dengan lebih dekat bagaimana teknologi digital dimanfaatkan dalam pembangunan perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan Haji dan Umrah. Pendedahan ini membolehkan pelajar melihat potensi penggunaan teknologi dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh pengalaman pengguna serta memenuhi keperluan masyarakat dalam era digital yang semakin berkembang.

Penyertaan pelajar dalam program ini juga memberikan nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah. Melalui pendedahan kepada persekitaran industri sebenar, pelajar berpeluang menghubungkan pengetahuan akademik dengan aplikasi praktikal, di samping memahami keperluan, cabaran dan peluang yang wujud dalam dunia pekerjaan masa kini.

Kolaborasi strategik antara UNIMEL dengan MobilityOne Sdn. Bhd. turut mencerminkan kepentingan hubungan erat antara institusi pendidikan tinggi dengan pihak industri dalam melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing. Kerjasama seumpama ini dapat menyediakan ruang kepada pelajar untuk memperluas perspektif, meningkatkan kefahaman terhadap perkembangan industri serta membina jaringan profesional yang berpotensi memberi manfaat kepada pembangunan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Dalam konteks perkembangan industri Haji dan Umrah, penggunaan teknologi digital dilihat mempunyai potensi besar dalam menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih sistematik, mudah diakses dan efisien. Sehubungan itu, pendedahan kepada inisiatif seperti Road2Haramain dapat membantu pelajar memahami kepentingan inovasi, kreativiti dan keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dalam memenuhi keperluan industri yang semakin dinamik.

Selain memperluas pengetahuan berkaitan teknologi digital, penyertaan ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka prospek kerjaya yang lebih luas dalam sektor Haji dan Umrah. Sektor ini memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan berkaitan bidang masing-masing, malah berupaya menguasai kemahiran digital, komunikasi, pengurusan dan penyelesaian masalah bagi menghadapi tuntutan perkhidmatan moden.

UNIMEL sentiasa komited untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dengan menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti berorientasikan industri. Pendekatan ini penting bagi memastikan graduan bukan sahaja memperoleh kelayakan akademik, tetapi turut mempunyai pendedahan, kemahiran dan keyakinan untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran kerja serta menyumbang kepada pembangunan sektor ekonomi negara.

Melalui kolaborasi bersama MobilityOne Sdn. Bhd. ini, UNIMEL berharap lebih banyak peluang kerjasama strategik dapat diteroka pada masa hadapan, khususnya dalam bidang inovasi digital, pembangunan bakat dan perkongsian kepakaran antara universiti dengan industri. Usaha berterusan ini juga diharap dapat memperkukuh ekosistem pembelajaran yang relevan dengan perkembangan semasa serta membuka lebih banyak ruang kepada pelajar untuk meneroka potensi kerjaya dalam pelbagai sektor.

Penyertaan dalam Inisiatif Road2Haramain sekali gus memperlihatkan kepentingan sinergi antara universiti dan industri dalam membentuk generasi profesional yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. Dengan menggabungkan ilmu akademik, pendedahan industri dan pemahaman terhadap teknologi digital, pelajar UNIMEL berpeluang membina asas yang lebih kukuh untuk menjadi tenaga kerja yang kompeten, inovatif dan berdaya saing.

Dari Kampus ke Industri — Memperkasa Kompetensi, Meneroka Inovasi, Membina Profesional Haji dan Umrah Masa Hadapan.